Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : bertemu antara satu dgn yg lain (bkn bibir, luka dll); menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang dll): Biduk lalu kiambang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taut
Kata Terbitan : bertaut, menautkan, mempertautkan, pertautan,

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coalesce filefail bertautKomputerTiadaTiada
coalescent apertureliang bertautPerhutananTiadaTiada
coalescence modelmodel tautanKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel pengasingan separa bendalir yang berdasarkan model fasa gelembung atau model titisan terserak yang mengalir di dalam reaktor tangki teraduk malar. Sifat makrobendalir akaan terbentuk jika gelembung tidak bertaut, manakala sifat mikrobendalir akan terbentuk jika gelembung bertaut, dan pertautan ini dicirikan oleh parameter tautan.
flocflokKejuruteraanTiadaZarah yang sifat permukaannya membolehkannya bergumpal atau bertaut dengan zarah lain apabila bersentuh dan dengan itu bertukar saiz bentuk dan mungkin graviti tentunya.
isochromosomeisokromosomBiologiHistologi dan Sitologi1. Kromosom yang mempunyai lengan seiras dan bertaut pada bahagian tengah sentromer. 2. Kromosom metasentromer yang terhasil daripada kromosom telosentromer.
suturesuturBiologiHistologi dan Sitologi1 Garis pertemuan antara dua bahagian yang bertaut tetap. Contohnya, pertaupan antara dinding cangkerang dengan tepi septum, seperti pada amonit; percanguman antara sklerit; dan pertautan mantap tulang tengkorak. 2 Garis dehisens atau bukaan pada sesuatu organ atau struktur.
crosslinked polymerpolimer berangkai silangFizikNanoteknologiBahan polimer yang mengandungi rantaian yang bertaut dengan rantai polimer yang sama pada tempat yang berlainan atau dengan rantai polimer yang berlainan menerusi ikatan kovalens. Polimer ini dapat membentuk sangkar untuk mengurung nanozarah bagi tujuan tertentu seperti perubatan.
hamulahamulaBiologiHistologi dan Sitologi1 Hamulus 2 Apendaj ventral pada Collembola yang sudah bertaut dan bertindak sebagai furkula kauda.
decanterpenyiringKejuruteraanTiadaTangki atau kapal tempat pepejal atau serakan dalam cecair pembawa mengenap atau bertaut, dengan cecair jernih yang di atas dikeluarkan sebagai limpahan di atas.
canopysudurPerhutananPengurusan HutanLapisan silara pokok yang paling atas dan hampir sama tinggi. Jika silara pokok bertaut, sudur disebut sebagai selari.
12

Kembali ke atas