Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.la.gah] | برتلاݢه

Definisi : 1. berlainan pendapat, berselisih faham, bertelingkah: dia memberi amaran kpd kedua-dua belah pihak yg ~ itu supaya jangan memainkan api fitnah; 2. bertengkar mulut, berbantah: suami isteri itu mulai ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.la.gah] | برتلاݢه

Definisi : 1 berlainan pen­dapat; berselisih faham: Kedua-dua pihak yg ~ itu dinasihati supaya berbaik-baik semula. 2 saling menuturkan sesuatu utk menegakkan kebenaran masing-masing; bertengkar; berbalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telagah
Kata Terbitan : bertelagah, pertelagahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dissident factionspuak bertelagahSejarahTiadaKumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat atau entiti politik yang tidak sealiran dan saling bercanggah.
arbitratemenimbang taraSains PolitikHubungan AntarabangsaKaedah yang digunakan bagi menyelesaikan konflik antara negara yang bertelagah dalam sesuatu isu. Terdapat dua ciri utama menimbang tara, iaitu pertama sebagai proses mencari penyelesaian yang memerlukan kedua-dua pihak yang berkonflik secara sukarela memberikan hak kepada pihak ketiga sebagai pengadil. Kedua, biasanya pihak pengadilan bebas dan tidak terikat dengan sesuatu set peraturan yang khusus. Sejarah kaedah tersebut bermula di Hague hasil persidangan perdamaian antarabangsa yang diadakan pada tahun 1899. Mahkamah menimbang tara ini kekal di Hague sehingga kini. Terdapat banyak kes konflik yang berjaya diselesaikan. Walaupun tidak terdapat badan penguatkuasaan terhadap keputusan yang dibuat melalui mekanisme pengadilan ini, kebanyakan keputusan dipatuhi oleh pihak yang bertelagah. Contohnya, keputusan pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia dalam isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang memberi hak milik kepada Malaysia telah dipatuhi oleh kedua-dua pihak.
pawn disputepertelagahan gadaianEkonomiEkonomi IslamKeadaan atau kes apabila penggadai dan pegadai bertelagah tentang perkara yang berkaitan dengan gadaian. Pertelagahan berlaku apabila dakwaan penggadai dipertikaikan oleh pegadai atau sebaliknya. Perkara yang dipertikaikan mungkin tentang kualiti barang gadaian, masa gadaian atau jumlah hutang yang dicagar. Kes sebegini biasanya akan diselesaikan oleh hakim di mahkamah syariah.
armisticearmistisSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan awal penamatan perang yang paling berkesan, iaitu apabila kedua-dua pihak yang bertelagah bersetuju untuk menghentikan peperangan sementara menanti penyelesaian damai. Persetujuan tersebut bukan merupakan perjanjian damai, dan tidak bermakna secara sah menamatkan perang tetapi membuka jalan bagi persetujuan damai. Persetujuan ini biasanya dilakukan dengan persetujuan dua hala. Kadangkala dalam keadaan perjanjian damai hampir mustahil untuk diwujudkan, gencatan senjata boleh merintis perdamaian. Contohnya, dalam kes hubungan antara Israel dengan negara- negara Arab, rundingan damai menjadi de facto kepada status quo tersebut. Perkara ini berlaku pada tahun 1949 apabila perjanjian gencatan senjata antara negara Arab dengan Israel dimeterai sehingga membawa kepada perjanjian damai Camp David. Sinonim perjanjian gencatan senjata.
third-party diplomacydiplomasi pihak ketigaSains PolitikHubungan AntarabangsaCara menyelesaikan pertelingkahan dengan melibatkan pihak ketiga. Campur tangan pihak ketiga diperlukan untuk membawa kedua-dua pihak yang bertelagah ke meja perundingan kerana permusuhan antara dua pihak tidak memungkinkan mereka mengadakan perjumpaan dua hala. PBB bertindak sebagai pihak ketiga untuk mengadakan diplomasi. Contohnya, isu perang Iran-Iraq dan penaklukan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan telah dirundingkan di bawah naungan PBB. Presiden Jimmy Carter dan Bill Clinton pula telah cuba menjadi perantara dalam menyelesaikan konflik Arab-Israel di Camp David.
brinkmanshipnekad-siagaSains PolitikHubungan AntarabangsaStrategi yang digunakan pada masa krisis untuk memaksa pihak lawan mengambil keputusan berdamai. Intipati strategi ini adalah dengan memanipulasi perkongsian risiko keganasan yang diandaikan tidak diingini oleh pihak yang bertelagah. Idea strategi ini dimulakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, J.F. Dulles semasa pentadbiran Dwight D. Eisenhower pada tahun 1950-an. Contohnya, J.F. Kennedy telah menggunakan strategi ini ketika menghadapi krisis peluru berpandu Cuba pada tahun 1962.
conflict managementpengurusan konflikPengurusanPerancanganSuatu langkah dalam mengenal pasti pertelagahan, memahami situasi yang berkaitan dan menangani masalah tersebut secara rasional, berimbang dan berkesan. Matlamat utama pengurusan konflik adalah untuk mencapai kebaikan bagi semua pihak yang bertelagah. Pendekatan dalam pengurusan konflik yang terbaik adalah melalui komunikasi berkesan, kemampuan dalam menyelesaikan masalah dan kemahiran berunding yang baik. Contohnya, dalam organisasi sektor awam, saluran pengurusan konflik yang dibentuk ialah Mesyuarat Bersama Jabatan yang terdiri daripada Kesatuan Sekerja, Persatuan Kakitangan dan Pihak Pengurusan.

Kembali ke atas