Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.lur] | برتلور

Definisi : ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.lur] | برتلور

Definisi : 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertelur

Puisi
 

Burung merpati bertelur tunggal,
     Menetas anak turun ke paya;
Ibu mati bapa pun meninggal,
     Di manalah tempat kami nak bermanja.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ayam bertelur di atas padi,
     mati kelaparan.

Bermaksud :

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. (Biasa juga: Ayam di kepuk mati kelaparan).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
laying cyclekitaran bertelurVeterinarTiadaTiada
egg laying sequencejujukan bertelurVeterinarTiadaTiada
end of layakhir bertelurVeterinarTiadaTiada
birth poreliang lahir; liang bertelurVeterinarTiadaTiada
point-of-lay pulletayam dara titik bertelurVeterinarTiadaTiada
oviparityoviparitiBiologiEkologiHaiwan yang bertelur. Telur yang dikeluarkan itu akan berkembang dan menetas di luar tubuh induk. Bandingkan ovovivipariti, vivipariti.
gynecoidginekoidBiologiEntomologiSemut pekerja yang bertelur.
gravidgravidPerubatanTiadaMerujuk kepada organisma betina yang bertelur atau uterus untuk mengandung.
fruit borerspengorek buahBiologiEntomologiNama am bagi serangga yang bertelur di dalam buah atau larvanya mengorek lubang pada buah.
pulletayam daraVeterinarTiadaAyam betina penelur pada peringkat umur sebelum bertelur iaitu antara 7-20 minggu. Biasanya, ayam ini dipelihara dalam satu kumpulan yang besar. Dalam tempoh ini, ayam tersebut diberi makanan pembesar yang mengandungi 15-16% protein, 11.5-12 MJ/kg tenaga metabolisme dan 1% kalsium.
1234

Kembali ke atas