arbitration award | award timbang tara | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Keputusan tribunal timbang tara bagi menyelesaikan sesuatu pertikaian atau menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang bertikai. Keputusan yang dibuat oleh tribunal timbang tara ini adalah muktamad dan akan mengikat pihak yang bertikai. Penguatkuasaan sesuatu award timbang tara bergantung pada jenis timbang tara. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, bagi timbang tara antara negara contohnya, penguatkuasaannya tidak mempunyai prosedur yang tertentu. Bagi timbang tara komersial antarabangsa pula, keputusan tribunal boleh dikuatkuasakan menerusi mahkamah domestik. Award timbang tara antara negara juga tidak muktamad kerana ia boleh dikaji semula, diperbetul atau dibatalkan dengan cara membawanya semula ke tribunal timbang tara atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa, bergantung pada perjanjian timbang tara. Award timbang tara komersial antarabangsa pula adalah muktamad, kecuali menjadi sebaliknya berdasarkan peraturan timbang tara yang mengawal selia sesuatu prosiding timb |
arbitrator | penimbang tara | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Orang yang membuat keputusan dalam prosiding penyelesaian pertikaian melalui proses timbang tara. Pemilihan penimbang tara bergantung kepada persetujuan pihak yang bertikai dan sesuatu kes boleh diputuskan oleh seorang penimbang tara sahaja ataupun lebih. Jika melibatkan lebih daripada seorang penimbang tara, ia dikenali sebagai tribunal timbang tara. Seorang penimbang tara tidak semestinya mempunyai latar belakang perundangan tetapi perlu mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Ketua negara atau individu-individu lain yang dihormati oleh kedua-dua pihak yang bertikai juga boleh menjadi penimbang tara. Contohnya, dalam kes Rainbow Warrior antara Perancis dengan New Zealand, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah dilantik sebagai penimbang tara. |
Appellate Body | Badan Rayuan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bahagian dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang terdiri daripada tujuh individu. Badan Rayuan bertanggungjawab untuk mendengar rayuan daripada laporan yang dikeluarkan oleh panel dalam pertikaian yang dibawa oleh negara anggota WTO. Badan Rayuan boleh menegakkan, meminda atau menterbalikkan dapatan dan kesimpulan perundangan sesebuah panel. Laporan Badan Rayuan, apabila diterima oleh Badan Penyelesaian Pertikaian (DSB), mesti diterima oleh pihak-pihak yang bertikai. Badan Rayuan bertempat di Geneva. |
arbitration tribunal | tribunal timbang tara | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Badan yang dianggotai oleh lebih daripada seorang individu yang berkelayakan terutamanya dalam bidang undang-undang. Badan ini bertanggungjawab membuat keputusan bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak yang bertelingkah. Jumlah anggota tribunal perlu dalam jumlah yang ganjil, contohnya tiga atau lima orang. Cara pemilihan anggota tribunal boleh ditentukan oleh perjanjian timbang tara antara pihak yang bertikai atau berdasarkan kaedah prosedur timbang tara. Dalam timbang tara antara negara, pihak yang bertelingkah boleh mencadangkan anggota dari negara masing-masing tetapi mereka mesti bersetuju melantik anggota berkecuali bagi menganggotai tribunal tersebut. Jika pihak yang bertelingkah gagal mencapai persetujuan, perjanjian timbang tara boleh memberikan kuasa melantik kepada pihak ketiga. |
jus cogens | jus cogens | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Norma undang-undang antarabangsa yang mesti dipatuhi oleh keseluruhan masyarakat antarabangsa tanpa sebarang penjejasan. Jus cogens terbentuk daripada undang-undang adat antarabangsa yang merupakan salah satu sumber undang-undang antarabangsa. Dari segi hierarki sumber undang-undang antarabangsa, jus cogens berada di tempat teratas. Sekiranya jus cogens bercanggah dengan sumber undang-undang antarabangsa yang lain, maka jus cogens yang akan terpakai. Malah, sebuah triti yang melanggar jus cogens akan menjadi tidak sah. Contohnya, jika sebuah triti antara dua negara yang bertikai tentang hak milik sebuah pulau memperuntukkan bahawa pihak yang menang antara mereka dalam peperangan akan memperoleh hak milik terhadap pulau tersebut, maka triti itu dianggap tidak sah kerana bertentangan dengan norma larangan penggunaan kekerasan. Selain daripada larangan penggunaan kekerasan, contoh lain jus cogens ialah pengharaman perhambaan dan pengharaman genosid. Sinonim norma muktamad. |
Permanent Court of Arbitration (PCA) | Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Mahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1899 dalam Persidangan Keamanan The Hague pertama, bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Mahkamah ini menawarkan perkhidmatan penyelesaian pertikaian antarabangsa dalam isu-isu undang-undang antarabangsa awam dan undang-undang antarabangsa persendirian bagi pihak-pihak yang bersetuju menerima bidang kuasanya. Mahkamah ini mendengar pertikaian antara negara, antara pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, dan antara pertubuhan antarabangsa dan negara, malah membabitkan pihak persendirian. Mahkamah ini membenarkan pihak-pihak yang bertikai untuk memilih sendiri penimbang tara yang akan mengendalikan kes tersebut. |