Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tin.dan] | برتيندن

Definisi : 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagian­nya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tin.dan] | برتيندن

Definisi : 1 mempunyai tindan (ttg barang-barang anyaman). 2 berlapis-lapis dgn tidak bersusun (ttg letak sesuatu); bertindih-tindih: Kain baju yg baru diangkat dr ampaian dibiarkan ~ di atas katil. 2 (bkn tugas, kuasa dll) bertepatan atau sama antara satu dgn yg lain; bertumpang tindih: Tugas dan tanggungjawab sesuatu kementerian seharusnya tidak ~ dgn tugas dan tanggungjawab kementerian lain, tetapi hendaklah saling melengkapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertindan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stacked-bar graphgraf palang bertindanTeknologi MaklumatTiadaGraf palang yang palangnya membandingkan sumbangan setiap nilai pada paksi x kepada jumlah sesuatu kategori pada paksi y. Variasinya boleh berbentuk biasa ataupun bertindan 100% dan boleh divisualkan dengan kesan 2-D atau 3-D. Berikut ialah contoh graf palang bertindan dengan kesan 2-D dan 3-D a) bertindan b) bertindan 100%
bar chartcarta palangTeknologi MaklumatTiadaCarta berbentuk segi empat bujur yang melintang (mendatar). Carta ini membandingkan nilai (paksi x) dengan kategori (paksi y). Ada pelbagai variasi contohnya carta palang berkelompok, palang bertindan, palang bertindan 100%. Contoh carta palang adalah seperti rajah di bawah.
column chartcarta turusTeknologi MaklumatTiadaCarta berbentuk tiang menegak dengan setiap turus membandingkan nilai sesuatu data dengan kategori. Variasi carta turus adalah carta-carta turus bergugusan, turus bertindan dan turus bertindan 100%. Turusnya boleh dalam bentuk 2D atau 3D. Banding carta palang. Contoh carta turus 3D adalah seperti berikut:
overlapping codekod bertindanBiologiGenetikKod yang mempunyai bilangan asid amino yang lebih banyak daripada bilangan kodon dalam sesuatu rangka bacaan, misalnya kod ACCGG dapat mengekod asn (asparagina), thr (treonina), pro (prolina) dan arg (arginina). bd. kod tak bertindan.
non-overlapping codekod tak bertindanBiologiGenetikKod yang mempunyai bilangan asid amino yang sama banyak dengan bilangan kodon dalam satu jujukan nukleotida yang bersambung, misalnya kod AACCGG mengekod asn (asparagina) dan arg (arginina) sahaja. bd. kod bertindan.
overlapping coverageliputan bertindanKomunikasiKorporatLiputan dan penyiaran rancangan mengenai sesuatu isu yang disiarkan melalui dua atau lebih saluran radio dan televisyen secara serentak. Liputan rancangan oleh saluran ini disiarkan di kawasan yang sama. Tindakan ini membolehkan sejumlah peratusan isi rumah menjadi khalayak kepada rancangan berkenaan. Peratusan jumlah dedahan ini biasanya tinggi. Petunjuk peratusan ini akan membantu para pengiklan merancang strategi peletakan iklan untuk sesuatu rancangan melalui saluran yang terlibat menyiarkan rancangan berkenaan. Contoh liputan bertindan ialah ucapan belanjawan yang disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia yang disiarkan serentak di beberapa saluran media elektronik.
overprintcetak bertindanPerpustakaanTiadaTiada
overlapping distributionpenyebaran bertindanLinguistikTiadaTiada
overlapping circulationpengedaran bertindanPentadbiranTiadaTiada
double financingpembiayaan bertindanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas