Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ting.kah] | برتيڠکه

Definisi : 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ting.kah] | برتيڠکه

Definisi : 1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
HollandishkebelandaanKesusasteraanTiadaBertingkah lalu seperti orang Belanda.
egoegoKesusasteraanTiadaTanggapan seseorang tentang harga dirinya, yang mempengaruhi keyakinan diri, cara berfikir, bertingkah laku, berkemahuan dan tindakan. Ego seseorang itu merupakan perasaan dirinya dalam keadaan sedar, yang berupaya menguasai fikiran dan perlakuannya. Kadangkala ego turut dikaitkan dengan sifat bangga dan sayang diri. Ego mempengaruhi karya sastera seseorang pengarah. Banding egoisme.
gamelan gong kebyargamelan gong kebyarMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang dicipta di Bali pada awal abad ke-20. Keistimewaan muzik ini ialah permainan melodi dan rentak yang bertingkah-tingkah dengan tempo yang cepat atau kotekan. Mod Bali diadaptasikan daripada skel tujuh ton, iaitu pelog. Alat muzik merangkumi jegogan, calung atau jublag yang menghasilkan melodi asas, pemade, kantilan, ugal dan reyong yang menghiasi melodi asas dengan rentak yang bertingkah-tingkah, kendhang yang bermain rentak serta cengceng, gong dan kempul yang menandakan masa. Sinonim kebyar.
kotekankotekanMuzikTiada

 Teknik memainkan alat muzik secara bertingkah-tingkah da­lam muzik gamelan gong kebyar di Bali. Contohnya, kotekan terhasil apabila pemain alat muzik reyong, pemade dan kantilan masing-masing mengulangi motif melodi pendek dalam rentak tersendiri yang bertempo cepat.

resultant rhythmrentak terhasilMuzikTiada

Gabungan rentak yang berbeza dan bertingkah yang dihasilkan oleh beberapa jenis alat membranofon dan idiofon seperti dram atau gong. Contohnya, rentak terhasil akan diperoleh apabila gedumbak, geduk dan gendang dimainkan serentak dalam sesuatu lagu wayang kulit Kelantan.

sanang lapissanang lapisMuzikTiada

 Gong berbusut bersaiz sederhana. Alat muzik ini tergantung dan dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut. Gong ini dimainkan secara bertingkah-tingkah serentak dengan bahagian muzik lain dalam ensembel sopogandangan. Sinonim sanang tinukul. Lihat juga sanang.

kecakkecakMuzikTiada

 Teater dan tarian yang berasaskan epik Ramayana di Bali. Penyanyi korus lelaki duduk secara bulatan mengelilingi be­berapa penari utama. Korus lelaki tersebut menyanyi silibal cak yang diulangi rentak bertingkah-tingkah meniru jeritan monyet.

cognitive assessmentpentaksiran kognitifPsikologiPsikologi UmumPenilaian yang menyediakan maklumat tentang aspek pemikiran sama ada bersifat adaptif dan maladaptif. Peranan pemikiran ini melibatkan proses perancangan, membuat keputusan dan menginterpretasi realiti. Penilaian ini juga menyediakan maklumat tentang kesan prosedur tertentu yang mungkin akan mengubah cara subjek berfikir tentang sesuatu masalah dan cara mereka bertingkah laku.
caklempong pacikcaklempong pacikMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara yang terdiri daripada set lima biji gong kecil berbusut. Gong kecil ini ditiunkan dalam sistem tiunan lima pic yang tidak diselaraskan. Alat muzik ini dipegang dengan tangan oleh dua hingga tiga orang pemain dan dipukul sccara bertingkah-tingkah dengan pemukul yang berbalut. Alat ini dimainkan dalam frasa melodi yang berulang-ulang. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel teater randai di Sumatera Barat dan di Negeri Sembilan. Caklempong pacik dikenali sebagai gong chime.

gendanggendangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gendang ialah dram berbentuk tong cembung dan mempunyai dua permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan menggunakan tali rotan. Permukaan kulit ditiunkan dengan menegangkan tali rotan. Pemain meletakkan gendang di atas riba secara melintang dan kedua-dua permukaan kulit dipukul dengan tangan untuk menghasilkan rentak bertingkah. Gendang terdapat dalam dua saiz, iaitu gendang anak bersaiz kecil dan gendang ibu bersaiz besar. Gendang dimainkan dalam pelbagai ensembel, termasuklah wayang kulit, makyong, tarinai, joget gamelan, gendang silat, dan caklempong di Malaysia serta ensembel gamelan di Indonesia. Gendang dikenali juga sebagai klong khaek di Thailand dan kendhang di Indonesia.

12

Kembali ke atas