mistral | mistral | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin barat laut atau udara yang bertiup di laut persisiran pantai utara Mediterranean dari Ebro ke Genoa. Angin ini bertiup kuat, berbadai, sejuk dan kering. Aning ini bertiup paling kencang di pinggir pantai Languedoc dan Provence, terutamanya di Delta Rhone dan sekitarnya. Di pinggir pantai, angin ini berkelajuan 40 knot tetapi di Delta Rhone kelajuannya boleh mencapai sehingga 75 knot. |
buran | buran | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin timur-laut yang bertiup kencang di Rusia dan Asia Tengah yang biasanya bertiup dalam musim sejuk yang amat sejuk dan menerbangkan salji hanyut. Buran jarang berlaku dalam musim panas. Di kawasan tundra, buran disebut juga sebagai purga. |
antitrade | antipasat | Geologi | Tiada | Sejenis angin yang bertiup pada aras ketinggian 2000m di dalam lapisan atmosfera tinggi bertentangan dengan angin pasat yang bertiup hampir dengan permukaan bumi. Angin anti pasat juga dikenali sebagai angin baratan. |
trade wind | angin pasat | Sains | Hidrometeorologi | Angin yang bertiup dari jalur tekanan tinggi subtropika, berpusat pada 30� - 40� utara dan selatan, kearah khatulististiwa. Angin ini bertiup dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di Hemisfera Selatan. Ciri-ciri jalur angin pasat berubah mengikut longitud. Ketunakan angin ini hanya jelas terdapat di jalur latitud yang lebarnya 10� - 15� , berpusat di sekitar 15� utara dan selatan (tetapi berubah mengikut musim), terutamanya di sebelah timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur lautan tropika. Cuaca baik terdapat di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur jalur disebabkan oleh penurunan antisiklon yang nyata yang dialami oleh udara angin pasat. Pada arah khatulistiwa dan kawasan lautan barat jalur ini, kestabilan udara menurun disebabkan oleh penambahan kelengasan; keadaan cuacanya lebih berlawan dan berhujan, dan kadang-kadang menjadi lebih buruk akibat penumpuan mendatar udara dan perkembangan siklon. |
bohorok | bohorok | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin tempatan kering dan panas yang bertiup di dataran Deli, Langkat, dan Lerdang di Sumatera Utara. Angin ini bertiup melintasi Bukit Barisan dan turun di teduh angin sebagai fohn akibat monsun yang berlaku dalam bulan Mei dan berterusan sehingga September. Lebih banyak hujan terdapat di sisi hadap angin pada 'hari bohorok' daripada hari biasa. |
trade wind | angin pasat | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang bertiup dari jalur tekanan tinggi subtropika, berpusat pada 30� - 40� utara dan selatan, kearah khatulististiwa. Angin ini bertiup dari timur laut di Hemisfera Utara dan dari tenggara di Hemisfera Selatan. Ciri-ciri jalur angin pasat berubah mengikut latitud dan longitud. Ketunakan angin ini hanya jelas terdapat di jalur latitud yang lebarnya 10� - 15� , berpusat di sekitar 15� utara dan selatan (tetapi berubah mengikut musim), terutamanya di sebelah timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagian timur lautan tropika. Cuaca baik wujud di kawasan yang mengarah ke kutub dan bahagin timur jalur disebabkan oleh ataman antisiklon yang dialami oleh udara angin pasat. Pada arah khatulistiwa dan kawasan lautan sebelah barat jalur ini, kestabilan udara menurun disebabkan oleh penambahan kelengasan, keadaan cuacanya lebih berlawan dan berhujan, dan kadang-kadang menjadi lebih buruk akibat pumpunan udara secara mendatar, dan perkembangan siklon. |
chinook | cinuk | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin fohn di sebelah timur Banjaran Rocky yang selalunya bertiup dari arah barat daya. Apabila angin ini bertiup di kawasan yang amat sejuk, suhu di kawasan ini boleh bertambah di antara 11�C hingga 22�C (20� F hingga 40� F) dalam jangka masa lebih kurang 15 minit. Suhu di kawasan ini akan berubah secara mendadak kerana dipengaruhi oleh kelompok udara panas dan sejuk yang silih berganti. |
seistan wind | angin seistan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | angin utara yang bertiup kencang dalam musim panas di wilayah Seistan, di bahagian timur Iran dan Afghanistan. Angin ini bertiup hampir secara berterusan untuk kira-kira empat bulan (dari hujung Mei hingga ke hujung September) dan oleh itu angin ini disebut 'angin 120 hari'. Kelajuan angin ini kadangkala mencapai kelajuan taufan. |
kosava | kosava | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin sejuk berbadai yang bertiup dari timur atau tenggara di kawasan Iron Gate Danube merentasi Carpathia, menganjur ke barat ke Belgrade; dari situ angin itu bertiup ke utara hingga ke perbatasan Rumania dan Hungary dan ke selatan hingga ke Nish. Dalam musim sejuk, angin ini menurunkan suhu ke aras kurang daripada -30� C dan angin ini sejuk walaupun pada musim panans, apabila angin ini juga berdebu. Angin ini biasanya terjadi bersama tekanan rendah di Adriatik dan tekanan tinggi di selatan Russia, dan merupakan keadaan yang sering terdapat pada musim sejuk. |
sea breeze | bayu laut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Bayu di kawasan pantai yang bertiup dari laut kedarat akibat perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan. Bayu laut selalunya bertiup pada waktu siang yang tenang dan panas, dan selalunya lebih kuat daripada bayu darat. Bandingkan bayu darat. |