group discussion | perbincangan kelompok/perbincangan kumpulan | Pendidikan | Tiada | Kegiatan bertukar-tukar pendapat tentang isu atau topik tertentu oleh anggota sesuatu kelompok. |
seminar | seminar | Pendidikan | Tiada | 1. Perjumpaan pelajar untuk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu topik kerja kelompok dan mempersembahkannya untuk dinilai oleh guru. |
discussion forum | forum diskusi | Teknologi Maklumat | Tiada | Kumpulan individu yang saling bertukar-tukar mesej tentang topik yang diminati bersama. Kumpulan ini selalu dikaitkan dengan kumpulan berita tetapi boleh juga berbentuk papan diskusi, forum dalam talian, kumpulan list |
netizen(net citizen) | netizen | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Pengguna Internet yang mengambil bahagian dalam masyarakat politik seperti bertukar-tukar pendapat, membekalkan maklumat dan mengundi. 2. Pengguna Internet yang memberi sumbangan untuk mengembangkan dan menggalakkan pertumbuhan Internet. Sinonim warga siber |
free wheel | gegancu bebas | Sukan | Lumba Basikal | Alat yang mempunyai bilangan gerigi yang tetap atau yang boleh bertukar-tukar. |
bistable property | sifat dwistabil | Fizik | Nanoteknologi | Sifat bahan yang mempunyai dua keadaan yang mantap, iaitu keadaan yang dapat bertukar-tukar daripada suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Contohnya, keadaan dwistabil terdapat dalam sistem kimia, suis elektrik dan penghantaran optik. |
Bluetooth | Bluetooth | Teknologi Maklumat | Tiada | Spesifikasi teknologi terbuka yang membolehkan komputer bergerak dan alat pintar (telefon mudah alih, PDA) bertukar-tukar data dengan mudah. Bluetooth ialah piawai tanpa wayar dan lebih baik daripada teknologi inframerah yang mem |
BBS (bulletin board system) | BBS (sistem papan buletin) | Teknologi Maklumat | Tiada | Papan buletin elektronik yang membenarkan pengguna dalam rangkaian komputer bertukar-tukar pendapat dan maklumat melalui pangkalan data pusat. |
plenary session | sesi pleno | Pelancongan | Tiada | Sesi apabila kesemua peserta persidangan dikumpulkan dalam satu ruang untuk mendengar taklimat dan memberikan pandangan masing-masing atau bertukar-tukar pendapat dalam kalangan mereka yang mempunyai kepentingan bersama. |
OLE (object linking and embedding) | PBO (pautan dan benaman objek) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi perisian Microsoft yang membolehkan pelbagai perisian Windows bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain. Contohnya dokumen pemproses yang memiliki keupayaan OLE boleh mengandungi pautan kepada carta dalam perisian hamparan elektronik. Apabila butir-butir bertukar dalam dokumen pemproses kata, carta dalam perisian hamparan elektronik akan turut bertukar. |