Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.bat]/[ber.u.bat] | براوبت

Definisi : 1. memakai (menggunakan dsb) ubat: bagaimana hendak sembuh kalau tidak ~? 2. minta diubatkan (dirawati), meminta ubat kpd: pd doktor mana engkau hendak ~? 3. sudah diberi ubat, (sudah) dirawati: sesudah lama ~, baru dia sembuh; ~ hatiku ki sudah terhibur hatiku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.bat]/[ber.u.bat] | براوبت

Definisi : 1 menggunakan ubat: Jika tidak mahu ~, bila akan baik sakitmu itu? 2 meminta ubat (kpd): Dia ~ kpd doktor Ramli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
medicated plasterplaster berubatHerbaPeraturan dan PemasaranKepingan kecil kain dan sebagainya yang berperekat dan berubat. Plaster berubat lazimnya digunakan untuk melegakan sakit sendi dan otot.
ointmentsalapFarmasiFarmaseutikSediaan separa pepejal sama ada berubat atau tidak berubat untuk kegunaan luar, biasanya mempunyai dasar bergris.
herbal medicinal productsproduk herba berubatHerbaTiadaKeluaran sediaan berubat yang mengandungi bahan aktif sama ada satu atau lebih bahan atau sediaan herba atau campuran kedua-duanya. Produk herba berubat boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dos seperti pil, tablet, kapsul dan tampalan. Contohnya, tablet herba laksatif mengandungi ekstrak daun senamaki (Senna folium).
tanalised timberkayu berubatKejuruteraanKejuruteraan BangunanKayu yang disapu atau direndamkan ke dalam cecair berubat untuk menahannya daripada reput.
medicatedberubatPerubatanTiadaTiada
medicated winewain berubatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
medicated feedmakanan ternakan berubatVeterinarTiadaTiada
medicinal planttumbuh-tumbuhan berubatHerbaTiadaTumbuh-tumbuhan liar atau tanaman ladang yang digunakan untuk tujuan perubatan. Contohnya, pegaga, patawali, serai wangi, mas cotek, tongkat ali dan pokok pulai.
medicated early weaningpenyapihan awal berubatVeterinarTiadaTiada
pressure-treated timberkayu tekanan berubatKejuruteraanKejuruteraan BangunanKayu yang diserapkan dengan bahan kimia dengan mengenakan tekanan tertentu supaya kayu tersebut dapat tahan dengan lebih lama dan lambat terbakar apabila terkena api.
1234

Kembali ke atas