Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang.u.lang]/[ber.u.lang.u.lang] | براولڠ-اولڠ

Definisi : 1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir): sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang.u.lang]/[ber.u.lang.u.lang] | براولڠ-اولڠ

Definisi : 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. 2 selalu berulang-alik; selalu pergi balik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Sayang selasih di Bukit Dulang,
     Diputik sedulang laut Sebandi;
Terima kasih berulang-ulang,
     Sudi menjemput kami di sini.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jangan dicatuk dengan yang tajam,
     dicencang dengan yang majal.

Bermaksud :

Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drill methodkaedah latih tubiPsikologiPsikologi UmumKaedah amalan yang dilakukan berulang-ulang secara sistematik sehingga sesuatu yang diingini tercapai. Contohnya, untuk menghafal sesuatu bahan bacaan, individu perlu membaca dan mengingati bahan tersebut secara berulang-ulang sehingga dapat mengingatinya dengan baik.
habituationpenghabituatanBiologiEkologiFenomenon pembelajaran apabila individu tidak bergerak balas terhadap rangsangan yang berulang-ulang, yang tidak membahayakan. Misalnya, siput babi akan memasukkan seluruh badannya ke dalam cangkerang, jika tentakelnya disentuh, tetapi jika sentuhan itu dilakukan secara berulang-ulang, siput berkenaan tidak akan bergerak balas lagi.
stencilpencontohKesenianTiada1. Kepingan plastik, logam dan sebagainya yang mempunyai lubang bercorak pada permukaannya untuk menekap atau menanda permukaan sesuatu benda kerja secara berulang-ulang.,2. Alat untuk menguji ketepatan benda kerja secara berulang-ulang.
profile boardpencontohKesenianTiada1. Kepingan plastik, logam dan sebagainya yang mempunyai lubang bercorak pada permukaannya untuk menekap atau menanda permukaan sesuatu benda kerja secara berulang-ulang.,2. Alat untuk menguji benda kerja secara berulang-ulang.
leachabilitykelarutlesapanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanUkuran jumlah kehilangan pengawet aktif dari dalam kayu akibat proses pembasuhan yang berulang-ulang. Kaedah analisis kimia dijalankan untuk menentukan kelarutlesapan kayu yang telah diawet, sama ada didedahkan kepada persekitaran luar atau melalui proses pembasuhan yang berulang-ulang.
chain rhymerima berangkaiKesusasteraanTiadaRima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kep
repeatingberulang-ulangFizikTiadaTiada
repeatingberulang-ulangMatematikTiadaTiada
recurrent psychosispsikosis berulang-ulangPsikologiTiadaTiada
periodicalberkala; terbitan berkalaKesusasteraanTiadaBerkala: Berulang-ulang pada waktu yang tertentu dan beraturan.
12345678910...

Kembali ke atas