merry tale | cerita gembira | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang berunsurkan kegembiraan dan membuatkan audiennya berasa senang serta gembira membacanya. |
antiphrase | antifrasa | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan atau rangkaian kata yang berunsurkan ironis, satira atau humor untuk menyampaikan sesuatu maksud yang bertentangan dengan yang dituturkan. |
erotic art | citra erotik | Kesenian | Tiada | Citra yang hal subjeknya berunsurkan seks. |
anti-war film | filem antiperang | Komunikasi | Tiada | Filem yang mengandungi adegan-adegan yang berunsurkan kedamaian, ketenangan dan persahabatan. |
Art Nouveau | Art Nouveau | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni halus dan seni gunaan yang bermula pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang bercirikan motif garis arus berombak, berunsurkan objek alam dan menggunakan warna semula jadi. Gaya ini diimplementasikan pada seni bangunan, arca, perabot, lukisan, grafik dan fabrik. Gaya Art Nouveau lebih banyak menggunakan bahan-bahan baharu seperti kaca dan kurang menggunakan bahan daripada besi. Contoh bangunan yang mempunyai gaya Art Nouveau ialah bangunan gereja Sagrada Familia di Barcelona, Sepanyol yang direka oleh Antoni Gaudi. |
Corinthian order | aturan Corinth | Kesenian | Seni Bina | Salah satu aturan seni bina klasik yang berasal dari Yunani (Greek). Aturan seni bina ini lebih tertumpu pada bentuk dan gaya rupa, corak serta hiasan terutamanya pada bahagian kepala tiang. Aturan Corinth paling beradun dan lebih banyak memasukkan unsur-unsur hiasan berbanding dengan aturan klasik yang lain. Hiasan aturan Corinth terdiri daripada corak berunsurkan daun akantus. |