discount broker | broker diskaun | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Broker yang berurus niaga dengan komisen yang kecil. |
market maker | penggerak pasaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ejen sekuriti yang melabur dan berurus niaga dalam inventorinya serta mendapat keuntungan daripada harga bida dan harga tawaran. |
resident agent | ejen tempatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ejen yang bermastautin di tempat ia berurus niaga insurans. |
‘akad fuduli | akad tanpa keizinan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh pihak yang berurus niaga harta dan pihak tersebut tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu. Mengikut mazhab Hanafi, akad fuduli hanya sah sekiranya pemilik harta memberi keizinan. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, akad fuduli terbatal dan tidak sah. |
secondary boycot | pulau sekunduer | Pentadbiran | Tiada | Usaha kesatuan sekerja yang cuba mendorong pihak ketiga berhenti berurus niaga dengan sesebuah syarikat. |
ikrah | paksaan | Perniagaan Islam | Tiada | Gesaan atau kekerasan yang melanggar syarak, yang dilakukan oleh individu semasa berurus niaga. Ikrah dilakukan tanpa kerelaan sama ada melalui perkataan atau perbuatan dan hukum kaedah ini tidak sah. Ikrah terbahagi kepada dua, iaitu ikrah mulji’ dan ikrah ghayr mulji’. |
block house | firma blok | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Firma broker yang mempunyai keupayaan kewangan dan kepakaran perniagaan untuk berurus niaga secara blok. |
member firm | firma ahli | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Ahli pasaran sekuriti, hadapan dan opsyen yang mempunyai lesen untuk berurus niaga. |
‘awarid ahliyyah | halangan kelayakan | Perniagaan Islam | Tiada | Keadaan individu yang hilang atau terjejas keupayaan sehingga membataskan kemampuan untuk berurus niaga. Halangan tersebut adalah seperti hilang akal, pengsan, tidur atau mabuk. Manakala keadaan yang boleh menyebabkan kurang kelayakan pula ialah dungu, berpenyakit atau meninggal dunia. |
ikrah mulji’ | paksaan sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Gesaan atau kekerasan yang melanggar syarak, yang dilakukan oleh individu semasa berurus niaga melalui ugutan yang menyebabkan kemudaratan teruk atau kematian. Contohnya, memukul sehingga mati atau memusnahkan harta orang yang diugut. Sinonim ikrah tamm Banding ikrah ghayr mulji’. |