Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.wa.jib] | برواجب

Definisi : bertanggungjawab mengelolakan atau mengurus sesuatu (bkn orang, institusi, dll): bantahan itu sudah disampaikan kpd yg ~; bidang ini juga melibatkan DBP, pihakpihak yg ~, dan orang ramai dlm menentukan taraf bahasa Melayu di negara ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.wa.jib] | برواجب

Definisi : bertanggungjawab melaksanakan sesuatu: Pihak ~ mesti mengambil tindakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajib (adverba,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan mesti, fardu, tidak boleh tidak, patut, hendaklah, kena patuhi;,
Kata Terbitan : sewajibnya, berwajib, mewajibkan, kewajipan, berkewajipan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accreditation papersurat tauliahSejarahTiadaSurat yang memberi kuasa dan dianggap sah oleh pihak yang berwajib kepada individu atau kumpulan.
aegisperlindunganSejarahTiadaKawalan, naungan atau arahan oleh pertubuhan, kumpulan, individu berdasarkan sistem atau doktrin amalan pihak berwajib dengan tujuan melindungi golongan tertentu.
development constraintshalangan pembangunanPentadbiranPentadbiran Awam

Aral, gangguan, rintangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak berwajib dalam proses membina, memajukan, mengembangkan dan memodenkan negara. Terdapat pelbagai bentuk halangan pembangunan seperti masalah sosial, kewangan, kemiskinan, pengangguran, inflasi, perpecahan dalam masyarakat, rasuah, teknologi dan lain-lain lagi. Rintangan dan halangan tersebut akan membantutkan usaha pihak pemerintah untuk membangunkan negara. Sebagai contoh, pihak kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak dalam usaha membasmi masalah sosial seperti penagihan dadah, yang mana sepatutnya wang tersebut boleh dibelanjakan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur dan pelbagai lagi kemudahan kepada masyarakat.

gun jumpingurus niaga pramasaEkonomiTiadaAmalan urus niaga yang berlaku sebelum tiba masanya yang tidak mendapat pengesahan pihak berwajib seperti pertukaran maklumat perdagangan yang tidak diketahui oleh orang awam.
gun jumpingurus niaga pramasaPentadbiran PerniagaanTiadaAmalan urus niaga yang berlaku sebelum tiba masanya yang tidak mendapat pengesahan pihak berwajib seperti pertukaran maklumat perdagangan yang tidak diketahui oleh orang awam.
civil defencepertahanan awamSejarahTiadaTindakan tertentu yang diambil sebagai langkah untuk menjaga ketenteraman awam, harta awam dan memastikan kedudukan awam terselamat dan autoriti atau pihak berwajib awam, sekiranya berlaku kekacauan.
public benefitfaedah AwamPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara yang berkaitan dengan kepentingan, kebajikan, keselesaan, keselamatan, kemudahan infrastruktur, kesihatan dan keamanan masyarakat. Faedah awam boleh dilihat dalam bentuk kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rakyat, seperti kemudahan taman rekreasi, padang permainan, pondok pengawal, dewan orang ramai, tandas awam dan tempat riadah. Antara pihak yang bertanggungjawab dalam mengusahakan faedah awam ialah pihak kerajaan, NGO, agensi awam dan swasta, jawatankuasa yang dilantik seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Faedah awam boleh menyumbang kepada cara hidup masyarakat yang sihat dan sejahtera. Secara tidak langsung, membantu membentuk masyarakat yang berfikiran terbuka, sihat minda dan prihatin terhadap kemakmuran negara.


Kembali ke atas