chromatopsia | kromatopsia | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan objek berwarna kelihatan aneh warnanya dan objek tidak berwarna kelihatan berwarna. 2. Buta warna separa. |
hydrogen | hidrogen | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan IA (atau 1) jadual berkala, simbol H, nombor atom 1, berat atom 1.008, nombor pengoksidaan +1 dan –1, takat beku –259oC, takat didih –252oC, wujud sebagai gas dwiatom yang tidak berwarna, tidak berbau, ringan dan mudah terbakar. hidrogen terdapat dalam tiga bentuk isotop yang stabil, iaitu H-1 (protium), H-2 (deuterium) dan H-3 (tritium). Sebahagian besar hidrogen berpadu dengan unsur lain, seperti oksigen untuk membentuk H2O dan H2O2. Hidrogen disediakan secara tindak balas stim dengan gas asli, secara penceraian ammonia, atau secara elektrolisis air. Hidrogen digunakan sebagai agen penurunan dan bahan api, dan untuk menghasilkan ammonia, anilina dan metanol. |
iodine | iodida | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol I, nombor atom 53, berat atom 126.905, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +5 dan +7, takat lebur 113.5oC, takat didih 184oC, wujud dalam bentuk granul, relap, berwarna kelabu, ahli kumpulan halogen yang paling tidak reaktif, bersifat semikonduktor, mudah terpejalwap, larut di dalam pelarut tak berkutub seperti alkohol, karbon disulfida, kloroform, eter, karbon tetraklorida, gliserol dan larutan iodida beralkali, dan larut sedikit di dalam air. iodin mempunyai banyak isotop radioaktif buatan. unsur ini diperoleh daripada air garam. iodin digunakan untuk pembuatan iodida dan iodat, dan sebagai pewarna, mangkin, sabun, bahan uji dan ubat. |
chlorine | klorin | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, iaitu ahli kumpulan halogen, simbol CI, nombor atom 17, berat atom 35.435, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +4, +5 dan +7, takat beku –101.6oC, takat didih –34.6oC, wujud sebagai gas dwiatom yang berwarna hijau kekuningan, berbau sengit, tidak terbakar tetapi membantu pembakaran, beracun dan merupakan unsur yang sangat elektronegatif serta agen pengoksidaan yang sangat kuat. Unsur ini terdapat dalam dua bentuk isotop yang stabil, iaitu CI-35 dan CI_37. Klorin disediakan secara elektrolisis larutan natrium klorida dengan menggunakan elektrod karbon, atau secara elektrolisis asid hidroklorik. Unsur ini digunakan sebagai agen pengklorinan dan untuk membuat racun perosak, plastik, bahan penyejuk, propelan, bahan peluntur dan sebatian lain seperti karbon tetraklorida. |
butene, 1- | 1-butena | Kimia | Tiada | Gas yang tidak berwarna, senang terbakar, tidak larut di dalam air, larut dalam pelarut organik dan digunakan untuk menghasilkan polibutena, butadiena aldehida dan lain-lain, CH3CH2CHCH2. |
chromography | kromografi | Perpustakaan | Tiada | 1. Ilustrasi berwarna yang dihasilkan semula melalui proses litografi atau proses mekanikal foto yang lain. |
cloisonne | kloison | Kesenian | Tiada | 1. Hiasan berwarna warni di atas kepingan logam yang diperbuat daripada enamel |
anthrone | antron | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pepejal berwarna kuning pucat yang mempunyai takat suhu lebur 155 øC yang merupakan terbitan antrasena. |
1-pentene | 1-pentena | Kimia | Tiada | Alkena, formula CH3CH2CH2CH=CH2, takat beku ‒165°C, takat didih 30°C, cecair tak berwarna, mudah terbakar, larut di dalam alkohol tetapi tak larut di dalam air. Sebatian ini diperoleh daripada petrol asli dan digunakan dalam sintesis organik. |
arsenic | arsenik | Geologi | Tiada | 1. Unsur logam berwarna kelabu-putih, sangat beracun, digunakan untuk pembuatan pewarna dan ubat-ubatan. 2. Unsur metaloid yang rapuh, berwarna kelabu keperakan, dan terdapat dalam beberapa mineral, termasuk orpimen, realgar, dan arsenopirit serta terdapat dalam bijih tembaga dan plumbum; As. |