box besa | kotak besa | Teknik | Elektrik | Lihat B.E.S.A. |
teebox | kotak tee | Teknik | Elektrik | 1. Kotak besa berbentuk T yang mempunyai tiga laluan masuk bersudut tepat pada satah yang sama. 2. Kotak simpang di dalam tanah tempat bekalan utama setiap individu pengguna disambung ke kabel pengagihan jika bekalan itu dibekalkan dengan menggunakan kabel bawah tanah. |
through box | kotak telus | Teknik | Elektrik | Kotak besa yang menjadi perantaraan di antara satu pemasangan dengan pemasangan yang lain dan mempunyai dua laluan masuk pada arah yang bertentangan. Kotak ini boleh juga digunakan sebagai punca keluaran titik lampu atau digunakan sebagai tempat menarik kabel masuk ke dalam pembuluh, di samping mengurangkan jarak yang perlu dilalui oleh kabel yang masuk ke dalam pembuluh. |
air blast transformer | pengubah bagas udara | Teknik | Elektrik | Pengubah berkuasa besa yang perlu disejukkan dengan meniupkan angin yang kencang ke sekeliling belitan dan teras pengubah. |
watt | watt(w) | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Unit bagi kuasa P = I2R, V = IR, jadi P = IV, arus I dalam ampere, rintangan R dalam ohm dan besa keupayaan V dalam volt. |