rumen | rumen | Veterinar | Praklinikal | Perut pertama atau perut depan haiwan ruminan. Rumen memenuhi bahagian kiri abdomen sehingga melepasi bahagian tengah badan. Bahagian ini bermula dari hujung esofagus dan berakhir di retikulum. Rumen dikenali juga sebagai perut besar. |
megaligastria | megaligastria | Perubatan | Tiada | Saiz perut yang besar daripada biasa. |
mesogastrium | mesogastrium | Perubatan | Tiada | Bahagian mesenteri primitif yang menyeliputi perut, dan daripadanya omentum besar akan terbentuk. |
alimentary tract | trakus alimentari | Veterinar | Praklinikal | Saluran makanan yang bermula dari mulut hingga ke anus. Trakus ini bermula dari mulut; farinks atau tekak; esofagus; perut; usus kecil; usus besar dan berakhir di anus. Makanan yang melalui trakus alimentari dicerna untuk serapan ke dalam edaran. Hasil sampingan pencernaan dikumuh sebagai tinja melalui anus. |
omentum | omentum | Veterinar | Praklinikal | Lipatan peritoneum yang bermula dari perut ke organ lain. Omentum terdiri daripada beberapa lipatan. Lipatan yang paling penting ialah omentum besar; iaitu lipatan yang melepasi bahagian hujung kolon besar dan pangkal kolon kecil. Omentum biasanya mengandungi lemak. |
digestive tract | saluran pencernaan | Veterinar | Tiada | Satu saluran berterusan yang bermula daripada mulut, farinks, esofagus, perut sebenar, usus kecil, sekum, usus besar, rektum dan akhirnya dubur, iaitu tempat najis atau bahan yang tidak diserap dikumuhkan. Makanan yang diambil melalui mulut akan menjalani proses pencernaan sama ada secara fizikal atau melalui enzim sehingga menghasilkan nutrien yang mudah diserap di sepanjang saluran ini. Terdapat modifikasi atau perbezaan saluran pencernaan bagi jenis haiwan tertentu, contohnya haiwan ruminan mempunyai perut yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu rumen, retikulum, omasum, abomasum. Bagi unggas, hujung dubur berhubung dengan kloaka. |
gastro intestinal tract | saluran gastrousus | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Siri organ dan struktur bersambungan yang penting dalam proses penghadaman makanan dan penyerapan nutrien. Saluran gastrousus terdiri daripada mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan anus. |
gastrocolic | gastrokolon | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan perut dan kolon, merujuk pada ligamen, omentum besar. |
gut | salur; tali perut; gut | Geologi | Tiada | 1. Alur atau laluan yang sangat sempit yang menghubungkan dua jasad air.,2. Sungai pasang surut yang menghubungkan dua jalan air yang lebih besar. |
crop | tembolok | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 Bahagian gulet atau tenggorok burung yang besar, berkulit tipis dan berbentuk seperti pundi yang terletak di bahagian anterior perut dan mengandungi kelenjar gaster. 2 Struktur yang menyerupai pundi pada salur penghadaman serangga atau anelid. ingluvies. |