Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ta.pa] | بتاڤ

Definisi : 1. peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ta.pa] | بتاڤ

Definisi : 1 bagaimana; dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan? 2 sebagaimana; spt yg sepatutnya: Mereka telah dikahwinkan ~ adat orang-orang dahulukala. 3 alangkah; bukan main: ~ girangnya hatiku mendapat seorang anak, tidak dpt kuceritakan. 4 walau bagaimanapun; meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betapa

Puisi
 

Tebas ladang tanamkan kobis,
     Tanam sirih buatkan para;
Betapa tenang hati terhiris,
     Murung sedih terimbas juga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Titik ditampung,
     meresap dipalit.

Bermaksud :

Pemberian orang atau penghasilan biar betapa sedikit sekalipun akan diterima juga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
permeabilityketertelapanKejuruteraanPetroleumSatu ukuran mengenai betapa mudahnya sesuatu bahan mengalirkan bendalir menerusi rangkaian pori-pori yang saling bersambungan yang terdapat di dalam bahan tersebut. Unit yang umum digunakan adalah darcy atau milidarcy.
angle of deviationsudut pesonganKejuruteraanPetroleumSudut di antara paksi telaga dengan garis pugak yang menunjukkan betapa terpesongnya arah orientasi telaga dari garis pugak yang diukur pada kedalaman tertentu. Sudut ini boleh diukur dengan menggunakan alat pengukur sudut pesongan dan dapat dibaca menerusi alat pembacaan di permukaan.
dipkemiringanKejuruteraanPetroleumSinonim: sudut kemiringan Sudut yang dibuat di antara satu satah/permukaan dengan satah yang mendatar. nilai sudut ini menunjukkan betapa curamnya kecondongan satah tersebut. Bagi batuan, parameter ini diukur untuk mengetahui kedudukan satah lapisan.
saturated colorwarna tertepuTeknologi MaklumatTiadaIstilah yang merujuk kepada kadar kandungan warna putih di dalam suatu warna. Ketepuan suatu warna bergantung kepada betapa banyak kandungan warna putih di dalam rangsangan. Misalnya warna monokromatik adalah warna yang sangat tepu. Merah jambu kurang tepu berbanding merah spektrum tetapi lebih tepu berbanding warna putih.
saturated colorwarna tertepuTeknologi MaklumatTiadaIstilah yang merujuk kepada kadar kandungan warna putih di dalam suatu warna. Ketepuan suatu warna bergantung kepada betapa banyak kandungan warna putih di dalam rangsangan. Misalnya warna monokromatik adalah warna yang sangat tepu. Merah jambu kurang tepu berbanding merah spektrum tetapi lebih tepu berbanding warna putih.

Kembali ke atas