paternoster lake | tasik tasbih | Geografi | Tiada | Satu siri tasik pada lurah glasier yang disekat di belakang moren atau lembangan batuan dan tertutup pada bahagian rendah oleh beting-beting batuan. |
offshore bar | beting luar pantai | Perikanan | Tiada | Timbunan pasir yang terbentuk di luar pesisiran pantai. Beting ini biasanya panjang dan sempit. Arus yang melanda, menghasilkan timbunan pasir yang menyebabkan air di kawasan beting tersebut menjadi semakin cetek. |
sand bar | beting pasir | Geologi | Tiada | Beting atau permatang pasir yang rendah, yang menyempadani pesisir dan terbina hampir dengan permukaan air oleh arus atau tindakan gelombang. |
bay bar | beting teluk | Geografi | Tiada | Beting pasir, kelikir atau lumpur yang menyambung dua buah tanjung merentasi mulut sebuah teluk. |
cuspate bar | beting juring | Geologi | Tiada | Beting sabit yang bercantum dengan pesisir di kedua-dua hujungnya. |
looped bar | beting bergelung | Geografi | Tiada | Sejenis beting pasir yang berbentuk bergelung. |
bar | batang; palang; beting | Pertanian | Tiada | 3. Beting: Benteng pasir atau kelikir, sama ada terdedah atau tenggelam, yang terbina di dasar laut, tasik atau sungai oleh gelombang atau arus air.,4. Bar: Unit tekanan bersamaan dengan 1 millon dyne/sm2 atau 100 kilopaskal. |
mid bay bar | beting tengah teluk | Geografi | Tiada | Beting pasir yang terbentuk di tengah sebuah teluk. |
channel-mouth bar | beting muara-alur | Geologi | Tiada | Beting yang terbina di tempat sungai memasuki jasad air tergenang, terhasil oleh penurunan halaju arus sungai. |
break point bar | beting pecah ombak | Geologi | Tiada | Beting tepi pantai yang terbentuk pada titik pecah gelombang. |