distance education/learning | pembelajaran jarak jauh ( | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem pembelajaran dan pengajaran secara jarak jauh. Konsep ini berasaskan kepada masa-sama-tempat-beza atau masa-beza-tempat-beza. Konsep masa-sama-tempat-beza bermaksud pelajar mengikuti pelajaran melalui sidang video/audio atau siaran langsung (TV, radio dan web), dan pengajar berada di tempat yang berlainan. Konsep masa-beza-tempat-beza bermaksud pengajar menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk rakaman, buku, modul, kaset, video, web dan lain-lain dan pelajar merujuknya pada masa dan tempat yang berbeza. |
potential difference | beza upaya | Teknik | Elektrik | Perbezaan keupayaan penolakan elektron di antara dua titik. Unit beza upaya ialah volt. Dalam litar terbuka, beza upaya di antara dua titik, seperti bateri, bersamaan dengan d.g.e.-nya, tetapi jika arus mengalir dalam litar tertutup beza upayanya ialah IR, dengan I ialah arus dan R ialah rintangan litar antara dua titik upaya yang diukur. |
common difference | beza sepunya | Matematik | Tiada | Beza antara setiap dua sebutan yang berturutan dalam satu janjang aritmetik. Lihat juga janjang aritmetik. |
different set | set beza | Matematik | Tiada | Set yang terdiri daripada semua unsur sesuatu set yang bukan unsur sesuatu set yang kedua. Misalnya, jika S = {a, b, c, d} dan T = {b, d, e}, maka beza set S-T = {a, c}: dan T-S = {e}. Sinonim beza set. |
optical path difference | beza jejak optik | Kejuruteraan | Tiada | Beza jejak di antara dua alur laser yang mengikuti lintasan berbeza. |
difference of sets | beza set | Matematik | Tiada | Lihat set beza. |
crushing | penghancuran; penggerusan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Penghancuran: Kuantiti bijih terhancur dan terpecah semasa suatu operasi tunggal dalam pemprosesan.,2. Pengherotan beza jelas pada gambar yang dihasilkan semula dengan susutan beza jelas di kawasan atas dan bawah skala beza jelas. |
resting potential | keupayaan istirehat | Biologi | Fisiologi | Beza keupayaan menyeberang membran sel normal semasa rehat, iaitu beza dalam keupayaan antara luar dan dalam suatu sel semasa rehat. |
lunar aspects | aspek qamari | Matematik | Tiada | Wajah bulan yang berbeza-beza yang disebabkan oleh jarak sudut yang berbeza-beza dari matahari. |
volt | volt | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Unit beza keupayaan atau daya gerak elektrik dalam sistem-kilogram-saat yang sama dengan beza keupayaan antara dua titik apabila keelektrikan 1 coulomb membuat kerja 1 joule dalam pergerakan dari satu titik ke titik yang lain. Simbol: V. |