T-1 | T-1 | Teknologi Maklumat | Tiada | T-1 bermaksud talian jauh paras 1. T-1 ialah satu pautan penghantaran digital yang berupaya menghantar isyarat selaju 1.544 Mbps . T-1 menyediakan sebanyak 24 saluran suara yang setiap satunya berkelajuan 64Kbps. Ia merupakan talian telefon biasa yang terpantas untuk disambungkan ke Internet. Teknologi ADSL dan HDSL dilaksanakan di atas talian T-1. T-1 adalah piawaian pemancaran data untuk Amerika Utara yang berasaskan hukum Mu (ยต). |
achromasia | akromasia | Perubatan | Tiada | 1. Ketiadaan pempigmenan biasa pada kulit. 2. Ketiadaan tindak balas pewarnaan biasa dalam tisu atau sel. |
verruca | veruka | Perubatan | Tiada | 1. Ketuat biasa atau veruka vulgaris. 2. Bintat seperti ketuat yang terbentuk pada endokardium dalam pelbagai jenis endokarditis. |
control sequence | jujukan kawalan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tertib biasa suruhan ditindaki dalam komputer.,2. Siri kod yang mengandungi aksara kawalan dan beberapa argumen, digunakan untuk menjalankan proses atau mengubah ragam dalam peranti. |
robe | jubah santai; gaun santai | Kesenian | Tiada | 1. Pakaian biasa seakan-akan kot longgar, adakalanya berzib, bertali pinggang atau dilepas begitu sahaja, dipakai bersama pijama atas baju tidur semasa di pantai atau untuk keraian di rumah.,2. Pakaian istiadat yang dibuat longgar dan labuh seperti jubah akademik. Jubah rahib dan jubah pertabalan.,3. Pakaian luar labuh longgar yang dipakai pada Zaman Pertengahan.,4. Pakaian luar atau pakaian lilit. |
air gap | jurang udara | Kejuruteraan | Petroleum | 1. Jarak antara paras biasa permukaan laut di sesuatu tempat dengan dasar badan kapal pada waktu kapal berkenaan belayar melalui tempat tersebut. 2. Jarak antara paras biasa permukaan laut di sesuatu tempat dengan dasar pelantar penggerudian luar pantai jika pelantar tersebut diletakkandi tempat berkenaan. |
denier | denier | Kejuruteraan | Polimer | Unit berat yang biasa digunakan dalam industri tekstil. Berat gentian dalam gram bagi setiap 9000 m gentian atau yan dalam bentuk filamen yang selanjar. Ia biasa digunakan untuk menentukan kehalusan atau kekasaran gentian. 1 denier = 1.1111 x10-7kg/m. |
plain text | teks biasa | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Data tekstual dalam format ASCII. Format yang paling mudah dipindah-pindah ke semua aplikasi dan mesin. Namun agak terhad dari segi penggunaan kerana tidak mengandungi arahan-arahan untuk menformat. 2. Dalam kriptografi, teks biasa merujuk kepada mesej yang tidak disulitkan. Teks biasa yang telah disulitkan dipanggil teks sifer. Teks biasa juga dipanggil teks jelas. Lihat teks jelas, teks sifer, kriptografi |
abort | gugur | Perubatan | Tiada | 1. Gugur: Menyekat perkembangan biasa sesuatu penyakit,. 2. Menggugurkan fetus |
acroesthesia | akroestesia | Perubatan | Tiada | 1. Kepekaan yang luar biasa. 2. Rasa sakit pada tangan dan kaki |