lateral refraction | biasan sisi; pembiasan sisi | Matematik | Tiada | Biasan sisi: Komponen biasan atmosfera yang serenjang dengan biasan tegak. |
refractive index | indeks biasan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Pengukuran cahaya yang terbias apabila melalui medium yang lebih tumpat. Indeks biasan merupakan nisbah sinus sudut tuju terhadap sinus sudut biasan. Indeks biasan biasanya digunakan untuk mengukur kepekatan gula atau jumlah pepejal dalam larutan, dan ketulenan minyak. |
immersion refractometer | meter biasan rendaman | Fizik | Optik | Meter biasan atau refraktometer yang digunakan untuk mengukur indeks biasan dengan merendamkan prisma di dalam sampel yang diuji. refraktometer rendaman. |
Pulfrich refractometer | meter biasan Pulfrich | Fizik | Optik | Meter biasan atau refraktometer bersudu genting yang ditempatkan, di atas prisma yang mempunyai indeks biasan tinggi dan sudutnya diketahui. Meter ini diletakkan bersama-sama bahan yang hendak diuji. |
law of refraction | hukum biasan | Fizik | Optik | 1. Hukum yang menyatakan bahawa sinar tuju, sinar biasan dan garis normal berada pada satah yang sama. 2. Nisbah sinus sudut tuju dengan sinus sudut biasan adalah malar. |
Jamin refractometer | meter biasan Jamin | Fizik | Optik | Meter biasan atau refraktometer yang menggunakan dua alur cahaya dari sumber yang sama, setiap satunya melalui tiub vakum dan kemudian bersatu semula. Apabila gas dimasukkan ke dalam salah satu tiub secara perlahan, sesaran pinggir interferens tercerap. Alat ini digunakan untuk mengukur indeks biasan gas. refraktometer Jamin. |
refraction | pembiasan; biasan | Kejuruteraan | Tiada | Biasan: Perubahan arah perambatan muka gelombang apabila gelombang merentasi sempadan di antara dua bahantara yang halaju fasanya berbeza. |
normal refraction | biasan biasa | Matematik | Tiada | Biasan yang tidak memperlihatkan sifat-sifat yang luar biasa. |
conical refraction | biasan kerucut | Fizik | Optik | Biasan yang berkaitan dengan sinar yang menuju kepada permukaan hablur dwipaksi pada arah tertentu dan terurai kepada sinar-sinar di sepanjang kerucut. |
abnormal refraction | biasan luar biasa | Matematik | Tiada | Biasan yang bersifat atau berbentuk tidak seperti biasa. |