nonnarrative folksongs | nyanyian rakyat tankisahan | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian rakyat yang dikisahkan melalui puisi. Contoh: Syair Bidasari. I Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat; Di karang fakir dijadikan hikayat , Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari ; Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkara ; Sangat tiada merasai susah , Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri; Beberapa bulan beberapa hari, Halamilah puteri permaisuri. [hlm. 1 - 4] |
wonder tales | dongeng ajaib | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang mengandungi unsur-unsur ajaib dan menakjubkan. Contoh: cerita Jula Juli Bintang Tiga, Syair Bidasari dan Syair Selendang Delima. |
metrical romance | roman matris | Kesusasteraan | Tiada | Naratif tentang pengembaraan dan percintaan golongan bangsawan yang disampaikan dalam bentuk puisi. Roman matris biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis. Roman ini biasanya memaparkan latar kembara yang jauh dan eksotik, dengan gambaran peristiwa yang membangkitkan rasa sentimental dan romantis. Dalam budaya Melayu, roman matris banyak ditemui dalam syair. Contohnya ialah Syair Siti Zubaidah, Perang Cina dan Syair Bidasari. Roman matris dikenali juga sebagai puisi naratif. |