الحبوب | bijirin | Agama Islam | Fiqh | Biji-bijian yang menjadi makanan asasi. Contohnya, beras dan gandum. |
corn grits | jagung hancur | Sosiologi | Tiada | Jagung dalam bentuk biji-bijian pecah yang terkupas kulitnya. |
hull | kulit bijirin | Veterinar | Tiada | Bahagian paling luar pada biji-bijian dan bijirin seperti padi, kacang soya, gandum dan sebagainya. Ia terdiri daripada kandungan selulosa, silika dan oksalat. Bahan ini tidak begitu sesuai untuk dijadikan sebagai sumber makanan ternakan. |
ergotism | ergotisme | Biologi | Mikologi | Mikotoksikosis akibat termakan alkaloid ergot, misalnya pada roti yang dibuat daripada biji-bijian berpenyakit ergot. |
grain mill products | keluaran kilang bijian | Ekonomi | Tiada | Barang-barang daripada biji-bijian makanan, seperti beras, tepung, sagu, ragi dan kepingan jagung yang diproses di kilang-kilang. |
vegetable oil | minyak sayuran | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Lemak daripada tumbuhan yang berbentuk cecair pada suhu bilik. Minyak sayuran diekstrak daripada biji-bijian, buah-buahan atau kekacang. Minyak ini digunakan secara meluas sebagai minyak masak seperti minyak kelapa sawit, minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kacang soya dan minyak bijan. |
cocktail bait | umpan pelbagai | Perikanan | Tiada | Gabungan pelbagai jenis umpan yang dilekatkan pada mata kail, termasuk umpan berenga, umpan cacing, umpan biji-bijian dan umpan serangga. Umpan pelbagai berkesan untuk menarik perhatian ikan daripada jenis omnivor dan karnivor. |
edible fat | lemak boleh makan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Lemak dalam bentuk pepejal atau cecair yang terdapat dalam tisu haiwan dan biji-bijian tumbuhan yang sesuai untuk dimakan oleh manusia. Lemak berbentuk pepejal boleh didapati daripada haiwan seperti lembu, kambing dan babi, manakala lemak berbentuk cecair boleh didapati daripada tumbuhan seperti biji bunga matahari, jagung dan kacang soya. |
gluten | gluten | Kimia | Biokimia | Campuran berbagai-bagai-bagai protein, seperti gliadin, glutenin, globulin dan albumin predominat, yang mengandungi 18 asid amino, tidak larut di dalam air, bersifat hidrofilik, dan terdapat di dalam gandum dan biji-bijian. |
grain | bijian; butiran; ira | Perubatan | Tiada | 1. Bijian: Biji atau buah daripada tumbuhan bijirin seperti jagung, gandum, padi dan lain-lain. |