Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilakah

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Orang yang menunggu perigi itu,
     bilakah ia mati dahaga?

Bermaksud :

Orang yang berhampiran dengan orang yang berilmu lambat-laun akan berilmu juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
attackseranganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan keganasan terhadap musuh. Istilah �serangan� dalam undang-undang antarabangsa digunakan dalam dua badan undang-undang yang berbeza iaitu, jus ad bellum dan jus in bello dengan tujuan dan maksud yang berbeza. Pertama, istilah �serangan bersenjata� muncul dalam jus ad bellum, yang menentukan bilakah negara boleh mengambil jalan untuk menggunakan kekerasan sebagai dasar negara tersebut. Dalam konteks itu, �serangan� berfungsi sebagai satu prasyarat kepada kebenaran untuk menggunakan kekerasan dalam mempertahankan diri menurut Perkara 51 Piagam PBB dan undang-undang adat antarabangsa. Kedua, dalam jus in bello �serangan� merujuk kepada jenis tertentu operasi ketenteraan yang menetapkan pelbagai larangan dan sekatan dikenakan. Aspek jus in bello atau undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menetapkan kaedah undangundang tentang bagaimana operasi boleh dijalankan semasa berlakunya konflik bersenjata. Takrifan serangan terkandung dalam Perkara 49(1) Protokol Tambahan I, 1977
corporate strategic planningperancangan strategik korporatPentadbiranPentadbiran Awam

Proses merencana dan menyusun atur hala tuju sesebuah organisasi yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Tindakan ini menetapkan haluan organisasi yang akan menjadi panduan kepada anggotanya untuk mencapai kejayaan yang digarapkan. Kebiasaannya perancangan strategik korporat melibatkan tempoh masa antara tiga hingga lima tahun yang merupakan jangkamasa sesuai untuk mencapai hala tuju berkenaan. Perancangan strategik korporat perlu mengupas persoalan berikut iaitu, (i) Apakah yang ingin dicapai oleh organisasi korporat? (ii) Bagaimana hasrat ataupun harapan tersebut boleh dicapai?, (iii) Bilakah hasrat tersebut akan tercapai?, dan (iv) Untuk siapakah semua ini dilaksanakan?. Perancangan strategik korporat juga perlu melibatkan seluruh warga organisasi supaya perkongsian hala tuju ini akan mewujudkan rasa kesepunyaan dalam kalangan anggota organisasi korporat.


Kembali ke atas