Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bang] | بيمبڠ

Definisi : 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbang

Puisi
 

Apa bunyi berderang-derang,
     Itulah bunyi kulit kerang;
Ingat bimbang zaman sekarang,
     Sedikit yang betul banyak yang kurang.


Lihat selanjutnya...(26)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apprehensionpenangkapan; pemahaman; rasa bimbangPendidikanTiadaTiada
filial anxietykebimbangan filialGerontologiTiadaPerasaan bimbang atau khuatir anak dewasa untuk berhadapan dengan tanggungjawab mengurus ibu bapa yang sudah tua.
childhood fearketakutan kanak-kanakSosiologiTiadaPerihal rasa gerun, bimbang, gentar atau cemas yang dialami oleh kanak-kanak terhadap sesuatu benda atau peristiwa.
anxeitykeresahanPerubatanTiadaGangguan emosi apabila seseorang berasa cemas, bimbang dan takut tanpa sebarang rangsangan yang ketara, dan diiringi dengan perubahan fisiologi, misalnya takikardia, perpeluhan dan tremor.
anxiety statekeadaan keresahanPerubatanTiadaKeadaan emosi dengan perasaan takut dan bimbang yang berlebihan.
anorexia nervosaanoroxia nervosaPendidikanTiadaPenyakit yang sering kali berlaku di kalangan remaja perempuan. Mereka lebih cenderung mengambil makanan terlalu sedikit kerana bimbang berat badan akan bertambah.
anti-science fictionfiksyen antisainsKesusasteraanTiadaFiksyen yang memperlekeh pemikiran sains, namun masih mengekalkan secara minimum unsur-unsur fiksyen sains. Fiksyen antisains mempunyai tarikan kepada khalayak yang bimbang akan kesan sains dan teknologi yang semakin terhakis. Fiksyen antisains tidak semantap fiksyen sains yang sebenar dari segi pengisian fakta sains, malahan karya begini biasanya dikaitkan dengan filem dan televisyen, bukannya dengan kesusasteraan moden. Contoh fiksyen antisains ditemui dalam novel C.S.Lewis berjudul Till We Have Faces.
burnoutfenomena laihPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang dialami oleh seseorang pekerja profesional akibat tahap stres yang melampau atau stres akut. Fenomena laih merangkumi perasaan sangat letih, hilang semangat, bimbang, kerap mengalami insomnia dan prestasi kerja yang menurun. Fenomena laih ialah hasil daripada keadaan tekanan kerja yang berpanjangan. Contohnya, seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menyiasat terlalu banyak kes jenayah berprofil tinggi akan mengalami fenomena laih.
repressionpenekananPsikologiPsikologi UmumSejenis mekanisme bela diri dengan cara menekankan sebarang perkara yang tidak menyelesakan ke alam atau pemikiran yang tidak sedar. Ramai orang berkecenderungan untuk menekan keinginan yang boleh membuatkan mereka berasa bersalah, bimbang atau menyakitkan akibat sesuatu konflik atau memori masa lalu. Contohnya, individu yang takut dengan rawatan gigi akan melupakan temu janjinya dengan doktor gigi. Sinonim represi.
shynessmaluPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk mengelakkan diri daripada orang lain di samping wujudnya perasaan penyekatan sosial. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya sukar untuk bertentang mata, bercakap perlahan dan tidak begitu berminat terhadap ajakan untuk bersembang. Malu yang teruk boleh membawa kepada kecelaruan psikologi seperti kemurungan, kesunyian, ketakutan, kebimbangan sosial dan rendah penghargaan kendiri. Individu ini biasanya kurang kemahiran sosial dan sering berasa bimbang sehingga membuatkan mereka kadangkala gugup apabila bertemu dengan orang lain, terasa diketepikan dan terlalu menyalahkan diri sendiri.

Kembali ke atas