Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.sa] | بيناس

Definisi : 1. habis rosak atau hancur sama sekali, musnah: rumah-rumah kedai itu ~ dijilat api; 2. ki mengalami bencana atau keburukan (spt mendapat kesusahan besar, penyakit, dll), musnah: dadahlah yg menyebabkan kehidupannya ~; sebab mulut badan ~; arang habis besi ~, tukang hembus penat saja = tuba ~, ikan tak dapat prb perbuatan yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi; membinasakan 1. menjadikan binasa (rosak atau hancur sama sekali), memusnahkan: gajah-gajah liar telah ~ tanam-tanaman di pinggir hutan itu; 2. ki menjadikan binasa (diri), memusnahkan, menghancurkan: arak dan judi yg ~ dirinya; 3. ki membunuh, memusnahkan: ~ musuh; kebinasaan perihal (keadaan) binasa atau musnah, kemusnahan: ~ teruk boleh dilakukan oleh binatang pd tanam-tanaman; pembinasaan perbuatan membinasakan (memusnahkan), pemusnahan: ~ kota Melaka ialah satu kerugian besar kpd sejarah negara; pembinasa orang (benda) yg membinasakan: kapal ~; tenaga ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.na.sa] | بيناس

Definisi : habis rosak atau hancur sama sekali; habis musnah: Sebahagian drpd perahu penyeludup itu telah ~ dimakan api. membinasakan membuat supaya binasa; merosakkan sama sekali: Hampir tiap-tiap malam, babi hutan datang ~ tanam-tanaman peladang itu. kebinasaan perihal atau keadaan binasa; kemusnahan: Haiwan tsb menyebabkan ~ pd tanam-tanaman. pembinasaan perbuatan atau hal membinasakan; pemusnahan: ~ harta benda orang-orang Arab itu telah dilakukan oleh tentera-tentera Israel yg biadab. pembinasa sesuatu atau orang yg membinasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binasa

Puisi
 

Jantung pisang jangan dipatah,
     Jika patah binasa isi;
Jantung hati badan bertuah,
     Menyelamatkan kamu yang akan pergi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Sebab pulut santan binasa,
     sebab mulut badan binasa.

Bermaksud :

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
castawaybinasaUndang-undangTiadaTiada
wholly or partially destroyedtelah binasa kesemuanya atau sebahagiannyaUndang-undangTiadaTiada
annihilatemusnah habisSejarahTiadaPerbuatan menghancurkan hingga binasa negeri atau angkatan tentera dalam satu peperangan.
vesicant herbherba vasikaHerbaPemiawaianHerba yang boleh menyebabkan lepuh pada kulit. Contohnya, bunga pokok celaka (Plumbago indica), akar binasa (Plumbago rosea) dan celaka bukit (Plumbago zeylanica).
vesicantbahan vesikaHerbaTiadaBahan yang mengakibatkan atau mempunyai kecenderungan menyebabkan lepuh. Contoh herba ini ialah celaka bunga/cereka merah (Plumbago indica), akar binasa (P. rosea) dan celaka bukit/cereka putih (P. zeylanica).
criminal damagekerosakan jenayahUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan membinasakan atau merosakkan harta kepunyaan pihak lain tanpa alasan yang diizinkan oleh undang-undang, dengan niat atau secara melulu tanpa mengira sama ada harta tersebut akan binasa atau rosak.

Kembali ke atas