Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na.tang] | بيناتڠ

Definisi : makhluk bernyawa tetapi tidak berakal fikiran (spt lembu); haiwan. kebinatangan kelakuan spt kelakuan binatang; sifat-sifat binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binatang

Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beast storycerita binatangKesusasteraanTiadaCerita rakyat yang dikenali juga sebagai cerita mergastua. Biasanya pendek dan watak-wataknya terdiri daripada binatang-binatang yang diberikan sifat manusia, diberi akal, boleh bercakap dan sebagainya.
shellfishkerang-keranganPentadbiran PerniagaanTiadaBatu kapur yang terjadi daripada bahan-bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut.
salt lickjenut garamGeografiTiadaTempat di permukaan bumi yang mendapan garamnya atau luahan mata air garamnya dapat dijilat oleh binatang-binatang liar.
salt lickjenut garamGeologiTiadaTempat di permukaan bumi yang mendapan garamnya atau luahan mata air garamnya dapat dijilat oleh binatang-binatang liar.
fabledongeng binatang/cerita binatangKesusasteraanTiadaCerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang.
fabledongeng binatang/cerita binatangKesusasteraanTiadaCerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang.
fabledongeng binatang/cerita binatangSejarahTiadaCerita khayal pendek, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi, bertujuan memberikan teladan atau pengajaran moral, lazimnya watak terdiri daripada binatang.
beast epicepik binatangKesusasteraanTiadaBentuk cerita binatang, yang mengandungi banyak episod dan berpusat pada satu binatang atau satu watak binatang tertentu.
animal epicepik binatangKesusasteraanTiadaNaratif yang mengandungi siri cerita binatang yang panjang dan bersambung-sambung yang diwarisi daripada cerita rakyat zaman silam. Fokus dalam siri cerita ini berkisar tentang seekor binatang yang memainkan peranan utama selaku wira dengan pelbagai kebolehan luar biasa dan keistimewaan. Watak binatang dibantu oleh binatang lain digambarkan memiliki sifat-sifat manusia. Epik binatang disampaikan dengan nada satira, dan penuh dengan kiasan. Tujuannya untuk memberi pengajaran, menyindir, dan mengkritik manusia biasa. Contoh epik binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Sang Kancil. Dalam konteks masyarakat Melayu tradisional, epik binatang merupakan salah satu sumber hiburan dan pendidikan yang berkesan kepada kanak-kanak. Contohnya Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat ini sering menjadi rujukan kepada ibu bapa bagi mendidik anak-anak supaya sentiasa menggunakan akal dengan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian. Lihat juga f
beast fablefabel binatangKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah
12345678910...

Kembali ke atas