bioassay | biocerakin | Pertanian | Agronomi | Kaedah untuk menentukan kepekatan sesuatu bahan dengan menilai kesannya terhadap tumbesaran haiwan, tumbuhan atau organisma dalam keadaan terkawal. Contohnya, racun herba yang perlu ditentukan kepekatannya hendaklah disemburkan pada rumpai dan kesan terhadap rumpai tersebut dibandingkan dengan kesan bahan lain yang telah menjadi piawai. |
bioassay | biocerakin | Farmasi | Farmaseutik | Prosedur yang menentukan kepekatan atau aktiviti biologi sesuatu bahan seperti vitamin, hormon dan antibiotik untuk mengukur kesannya ke atas organisma atau tisu berbanding persediaan piawai. Sinonim bioasai. |
bioassay | biocerakin | Biologi | Ekologi | Penggunaan organisma hidup untuk menentukan kesan biologi sesuatu bahan, faktor, atau keadaan. |
bioassay | biocerakin | Herba | Fitokimia | Proses yang digunakan untuk menentukan keaktifan biologi sesuatu zat. Contohnya, uji kaji bagi menentukan keberkesanan ekstrak tumbuhan untuk merencat pertumbuhan sesuatu kulat, dilakukan dengan menginokulasi kulat tertentu dalam medium yang mengandungi bahan ekstrak tersebut. |
bioassay | biocerakin | Bioteknologi | Tiada | Penggunaan sistem kehidupan untuk mencerakin sesuatu sebatian, misalnya penggunaan serangga yang rentan untuk menentukan kepatogenan mikroorganisma entomopatogen. |
bioassay | biocerakin | Herba | Pemiawaian | Proses yang dijalankan untuk menentukan keaktifan biologi sesuatu zat. Contohnya, uji kaji yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan ekstrak herba bagi merencat pertumbuhan sesuatu kulat dilakukan dengan menginokulasi kulat tertentu dalam medium yang mengandungi bahan ekstrak tersebut. |
bioassay | bioasai | Farmasi | Farmaseutik | Lihat biocerakin. |
Ames test | ujian Ames | Biologi | Genetik | Biocerakin untuk mengesan sebatian mutagen dan mungkin karsinogen yang dikembangkan oleh Bruce N Ames pada tahun 1974. |
drug discovery | penemuan drug | Herba | Fitokimia | Proses mengenal pasti sebatian bioaktif yang boleh dibangunkan menjadi drug. Proses ini melibatkan penilaian bioaktiviti ke atas ekstrak atau pecahan ekstrak, diikuti pengasingan dan pengenalpastian identiti sebatian bioaktif dalam ekstrak tersebut. Proses penemuan drug moden menggunakan kaedah penabiran celusan tinggi yang melibatkan biocerakin pantas menggunakan enzim, reseptor atau sel khusus, dan penggunaan peralatan robotik moden. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan penemuan drug, proses ini juga digandingkan dengan teknik bersempang dan nyahreplikasi. |
drug discovery | penemuan drug | Herba | Pemiawaian | Proses mengenal pasti sebatian bioaktif yang boleh dibangunkan menjadi drug. Proses ini melibatkan penilaian bioaktiviti terhadap ekstrak atau pecahan ekstrak, diikuti oleh pengasingan dan pengenalpastian identiti sebatian bioaktif dalam ekstrak tersebut. Proses penemuan drug moden menggunakan kaedah penabiran celusan tinggi yang melibatkan biocerakin pantas menggunakan enzim, reseptor atau sel khusus, dan menggunakan peralatan robotik moden. Bagi meningkatkan keberkesanan penemuan drug, proses ini juga digandingkan dengan teknik bersempang dan nyahreplikasi. Contohnya, penemuan eurikomanon daripada akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan goniotalamin daripada daun kenerak (Goniothalamus umbrosus) untuk merawat kanser. |