cytobiology | sitobiologi | Perubatan | Tiada | Biologi sel. |
myogenic | miogenik | Biologi | Fisiologi | Sifat luar kawal sel-sel otot, seperti denyutan jantung yang dihasilkan oleh sel-sel otot jantung secara spontan dan tidak bergantung pada rangsangan saraf. |
autonomous | autonomi | Biologi | Genetik | Keadaan dalam genetik perkembangan, apabila sel-sel mutan mengekspresikan fenotipnya walaupun dalam kehadiran sel-sel normal. |
autonomous | autonomi | Biologi | Genetik | Keadaan dalam genetik perkembangan, apabila sel-sel mutan mengekspresikan fenotipnya walaupun dalam kehadiran sel-sel normal. |
nephrocyte | nefrosit | Biologi | Fisiologi | 1. Sel-sel di dalam span dan serangga yang merembeskan bahan kumuh dan kemudian bergerak ke permukaan badan untuk membuangnya. 2. Sel-sel berwarna perang yang menyimpan dan membuang bahan kumuh, seperti dalam askidian |
hypertrophy | hipertrofi | Biologi | Fisiologi | Peningkatan saiz orgon bukan akibat daripada peningkatan bilangan sel-sel tetapi akibat peningkatan saiz sel-sel trtentu di dalam organ tersebut. |
soft rot | busuk lembik | Biologi | Patologi | Penyakit yang disebabkan oleh patogen yang mula-mula menyerang lamela tengah sel-sel parenkima hingga sel-sel tersebut mudah tercerai. Ini menyebabkan tisu terserang menjadi lembik. Contohnya ialah beberapa penyakit pada sayuran dan buah-buahan yang disebabkan oleh bakteria Erwinia caratovora. |
ectomycorrhiza | ektomikoriza | Biologi | Mikologi | Mikoza yang hifa kulatnya hanya tumbuh di permukaan akar dan di antara sel-sel korteks akar, tetapi tidak menembusi sel-sel berkenaan. |
hypersensitive | hiperpeka | Biologi | Patologi | Keadaan perumah yang sangat peka terhadap serangan sesuatu patogen hingga menyebabkan matinya sel-sel di sekeliling titik jangkitan dengan kadar yang sangat cepat. Sel-sel yang mati tersebut kelihatan sebagai bintik atau tompok kecil. Secara am gejala ini dinamakan nekrosis. Ini mengakibatkan patogen, biasanya biotrof, tidak dapat berkembang hingga menyebabkan perumah tersebut tahan. |
cell differentiation | pembezaan sel | Biologi | Genetik | Perkembangan sel mengikut ketentuan sel, iaitu sel berkembang menjadi satu jenis dan progeni sel induk itu akan tumbuh menjadi jenis sel yang sama. |