bit depth | kedalaman bit | Teknologi Maklumat | Tiada | Bilangan bit yang digunakan untuk mewakili paras kelabu warna setiap piksel dalam fail grafik atau mewakili kekuatan suara dalam fail audio. Semakin tinggi nilai ini, semakin berkualiti grafik atau audio tersebut. Kebiasaannya kedalaman bit grafik ialah 4-bit, 8-bit, 16-bit, 24-bit dan 32-bit. Sementara ke dalam bit audio biasanya 8-bit dan 16-bit. Contohnya, kedalaman 16-bit memberikan 65,536 pilihan warna. |
BMP mapping | pemetaan BMP | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah pemetaan untuk mencipta atau menyunting imej menggunakan format imej BMP. Format imej BMP berasaskan peta bit (Bit MaP) untuk persekitaran Windows. Format ini menyediakan 2, 16, 256 atau 16 juta warna (warna 1-bit, 4-bit, 8-bit dan 24-bit). |
Bitbl | Bitblt | Teknologi Maklumat | Tiada | Kependekan daripada pemindahan blok bit (BIT BLock Transfer). Kaedah pemindahan blok segi empat bit dari ingatan utama ke ingatan paparan. Kaedah ini meningkatkan kelajuan pemaparan objek bergerak (animasi, penatalan) pada skrin. Kaedah ini dilaksanakan dengan menggunakan kad paparan atau fitur tersedia bina dalam perkakasan. |
bitmap image | imej peta bit | Teknologi Maklumat | Tiada | Imej yang dicipta dalam bentuk peta bit. Setiap bit dalam peta bit akan mewakili satu piksel pada skrin monokrom. Manakala bagi skrin kelabu atau warna, beberapa bit dalam peta bit akan mewakili satu piksel atau sekumpulan piksel pada skrin. Antara contoh fail imej peta bit ialah fail yang berakhir dengan ‘.bmp’, ‘.pcx’, ‘.pict’, ‘.tif’ atau ‘pict-2’. |
cyclic check | semakan berkitar | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah pengesanan ralat yang menggunakan atau memeriksa satu bit untuk setiap n bit [satu bit diperiksa dan n bit dihantar, kemudian satu bit lagi diperiksa, dan seterusnya] |
bitmap graphics | grafik peta bit | Teknologi Maklumat | Tiada | Grafik yang dicipta dalam bentuk peta bit. Setiap bit dalam peta bit akan mewakili satu piksel pada skrin monokrom. Manakala bagi skrin kelabu atau warna, beberapa bit dalam peta bit akan mewakili satu piksel atau sekumpulan piksel pada skrin. Sinonim grafik raster. |
bit map | peta bit | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Perwakilan perduaan yang setiap bit atau set bit bersepadan dengan objek (imej, fon dll.) atau keadaan. 2. Kawasan dalam ingatan komputer yang mewakili imej video. Untuk skrin monokrom, satu bit dalam peta bit mewakili satu piksel |
color depth | kedalaman warna | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat kedalaman bit, bit warna. |
display depth | kedalaman paparan | Teknologi Maklumat | Tiada | Bilangan bit yang mewakili setiap piksel. Contohnya 2-bit, 8-bit dan16-bit. Piksel warna RGB menggunakan kedalaman 8-bit. |
undergauge bit | bit bawah tolak | Kimia | Tiada | Bit penggerudian yang garis pusat luarnya telah haus sehingga menjadi lebih kecil daripada spesifikasi bit yang dibenarkan oleh piawaian, biasanya oleh piawaian API. Contohnya, bit yang bergaris pusat luar 6 7/8 inci, setelah digunakan untuk beberapa lama, garis pusat luarnya menjadi 6 5/8 inci. Bit yang bergaris pusat 6 5/8 inci tersebut dikenali sebagai bit bawah tolok. |