biwa | biwa | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Jepun yang diklasifikasikan sebagai kofdofon. Biwa ialah lut yang dipetik. Badannya berbentuk bujur dan berleher pendek, serta mempunyai beberapa fret yang tinggi dan tertonjol. Biwa mempunyai empat tali logam yang dipetik dengan jari dan dimainkan dalam orkestra gagaku bagi mengiringi cerita yang dinyanyikan. |
heike-biwa | heike-biwa | Muzik | Tiada | Tradisi vokal Jepun yang wujud pada abad ke-12 dan abad ke-13. Tradisi vokal ini diiringi lut biwa. Lirik puisinya tentang peperangan, sementara melodinya menggunakan formula tertentu berdasarkan canta Buddha. |
biwa (Jp) | biwa | Kesenian | Tiada | Gitar tradisional Jepun. |
gagaku | gagaku | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang dipersembahkan dalam upacara di istana Jepun. Gagaku yang mengiringi tarian dikenali sebagai bugaku sementara gagaku yang dipersembahkan secara instrumental dikenali sebagai kangen. Ensembel gagaku dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu komagaku dan togaku. Alat muzik yang terlibat termasuklah koto, biwa, kakko, daiko, hichiriki, ryuteki, dan komabue. Gagaku bermaksud muzik yang halus (elegan), dan mempunyai fungsi yang sama dengan yen yue di China dan aak di Korea. Lihat juga komagaku, togaku. |