blues | blues | Kesusasteraan | Tiada | Lagu bernada sayu yang mendendangkan penderitaan dan kekosongan hidup yang diiringi oleh muzik gita. Blues berasal daripada jeritan spontan hamba abdi dan banduan berkulit hitam di negeri Selatan Amerika, dan memperlihatkan penderitaan mereka. Tema blues menyentuh tentang penindasan dan penderitaan termasuklah kehilangan cinta. Imejnya pula berkisar di sekitar kereta api, penjara, rantai besi, cemeti dan beliung, malahan semua unsur ini adalah lumrah dalam penulisan lirik blues. Blues biasanya terdiri daripada susunan lirik berbari tiga yang diulang-ulang. Lagu seperti ini disebut blues hanya selepas diperkenalkan ke dalam Aliran utama muzik popular Amerika. Ramai penyair Afro-Amerika seperti Langston Hughes menggunakan bentuk blues sebagai asas puisi mereka. |
blues | blues | Kesenian | Tiada | Ekspresi dalam muzik yang perlahan dan sedih. |
blues | blues | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
maternal blues | meroyan | Kejururawatan | Tiada | Keadaan ibu murung semasa dalam tempoh 42 hari berpantang. |
reggae | reggae | Muzik | Tiada | Muzik popular dari Jamaica yang mencantumkan patois Jamaica, rentak sinkopasi dari Afrika dan muzik rhythm and blues dari Amerika Syarikat. Reggae muncul di Jamaica pada tahun 1970-an dan dipopularkan di peringkat antarabangsa oleh kumpulan Bob Marley and The Wailers. Link lagunya tentang kepercayaan Rastafarian dan masalah kehidupan orang kulit hitam kelas bawahan di Jamaica. |
swing | swing | Muzik | Tiada | Gaya muzik yang wujud pada tahun 1930. Swing bercirikan unsur big band dan jazz, bermeter 4/4 dan triplet menghasil-kan corak ritma ayunan. Muzik jenis ini berdasarkan lagu popular, blues atau secara improvisasi. |
rock n'roll | rockn'roll | Muzik | Tiada | Rock yang menyepadukan muzik rhythm and blues dengan country and western yang muncul di Amerika Syarikat pada tahun 1950-an. Contoh penyanyi rock n'roll ialah Elvis Presley. |
Harlem renaissance | harlem renaissance | Kesusasteraan | Tiada | Suatu pergerakan kesusasteraan dan budaya dalam kalangan rakyat Amerika berkulit hitam. Pergerakan ini mementingkan warisan Afrika dan berkembang pada awal abad ke-20. Harlem renaissance juga diberikan gelaran �New Negro� atau �Black Renaissane�. Pergerakan ini dipimpin oleh pengarang Afro-amerika seperti James Weldon Johnson dan Langston Hughes, dan melibatkan seniman dan ahli muzik. Pada dekad tersebut, era harlem renaissance dikenali sebagai era jazz. Salah seorang tokoh jazz yang penting ialah Duke Ellington yang mempersembahkan bakatnya di Cotton Club. Dalam bidang kesusasteraan, karya yang dihasilkan pada dekad tersebut ialah Color dan Copper Sun, Kolek sajak olah Counter Cullen dan karya, The Weary blues oleh Langston Hughes. Penulis penting yang lain ialah Claude Mckay dan Jean Toomer. Lihat juga negritude. |