variable condenser | kondenser boleh ubah | Teknik | Elektrik | Lihat pemuat boleh ubah. |
invariable plane | satah tak boleh ubah | Mekanik | Gunaan | Satah yang mengandungi hujung vektor halaju sudut apabila jasad meliuk di ruang dengan momen sifar di sekitar pusat jisimnya, sambil mejam di sekitar paksi simetrinya. Hujung vektor halaju tersebut sentiasa berada pada satah yang berkenaan. Satah tak boleh ubah normal terhadap garis tindakan vektor momentum sudut malar (yang dinamai garis tak boleh ubah). |
variable-speed gear | gear laju boleh ubah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Mekanisme penghantaran gerakan dari satu aci ke satu aci lain yang membolehkan nisbah kelajuan aci diubah secara berterusan. Gear laju boleh ubah biasanya terdapat pada kotak gear kenderaan dan mesin. |
variable capacitor | pemuat boleh ubah | Teknik | Elektrik | Pemuat yang boleh dilaraskan atau diubah-ubah nilainya. Antara jenis pemuat boleh ubah termasuklah pemuat udara. |
variable gears | gear boleh ubah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Gabungan roda gear yang boleh diubah kedudukannya untuk mendapatkan nilai kelajuan yang berbeza mengikut keadaan yang bersesuaian. Contohnya, gear boleh ubah terdapat pada mesin larik. |
deformable body | jasad boleh ubah bentuk | Mekanik | Gunaan | Jasad yang unsur-unsur jirimnya (atau zarah yang membentuknya) mengalami perubahan jarak di antarasatu dengan yang lain apabila ditindak oleh sistem daya umum. Perubahan jarak tersebut mempunyai kesan terhadap analisis ilmu mekanik. Dalam ilmu mekanik gunaan, jasad boleh ubah bentuk yang terlibat hanyalah pegas sahaja. Lihat juga jasad tegar. |
herpolhode | herpolhod | Mekanik | Gunaan | Laluan yang dibentuk oleh hujung vektor halaju sudut pada satah tak boleh ubah, apabila jasad yang mejam di sekitar paksi simetrinya meliuk di ruang dengan momen sifar di sekitar pusat jisimnya. Lihat juga satah tak boleh ubah. |
speed controller | pengawal laju | Teknik | Elektrik | Peranti yang digunakan untuk mengawal kelajuan sesebuah motor. Kawalan ini terdiri daripada pelbagai cara, antaranya dengan menyambungkan perintang boleh ubah sesiri dengan motor, menyambungkan perintang boleh ubah selari dengan motor, mengawal voltan bekalan masuk ke motor, menambahkan/ mengurangkan keamatan kutub, menggunakan kaedah Ward-Leonard, menggunakan kaedah kawalan servo, dan pengubahan frekuensi bekalan dengan menggunakan litar elektronik. |
physical system | sistem fizikal | Mekanik | Gunaan | Sekumpulan unsur atom asas yang bersatu untuk membentuk jasad. Dalam analisis mekanik, kumpulan unsur ini dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu zarah, jasad tegar, dan jasad boleh ubah bentuk. Lihat juga jasad tegar, jasad boleh ubah bentuk, zarah. |
variable stroke | lejang boleh ubah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Jarak gerakan ulang alik yang boleh dilaras dengan cara mengubah panjang rod penyambung atau sudut pesongan antara paksi putaran omboh dengan paksi putaran bahagian pemacuan atau mengubah sudut pesongan plat alas condong. Lejang boleh laras berfungsi melaraskan isi padu sesaran omboh. Mekanisme lejang boleh ubah banyak digunakan dalam pam hidraulik untuk jentera dan mesin tugas berat. |