Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. put border on, membubuh [sst] pd [sst] sbg sibar-sibar: she ~ed the handkerchief with lace , dia membubuh renda pd sapu tangan itu sbg sibar-sibar; 2. be a border to, menyempadani, membatasi: the river that ~s our land on the north, sungai yg membatasi tanah kami di sebelah utara; the countries that ~ the Bay of Bengal, negara-negara yg menyempadani Teluk Benggala; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ /on, upon/, a. adjoin, be next to, /bersempadan, berbatasan/ dgn: his plantation ~s on mine, ladangnya bersempadan dgn ladang saya; b. be like, almost be, hampir-hampir (merupakan): he was in a state that ~ed on madness, dia dlm keadaan hampir-hampir gila. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. edge, part near it, tepi, pinggir: on the ~s of the lake, di tepi tasik; 2. boundary, sempadan: the mountains on the ~ of Italy and Austria, gunung-gunung di sempadan Itali dan Austria; 3. region that lies along boundary line, sempadan, perbatasan; 4. ornamental design around, a. (printed page) birai hias; b. (dinner plate) tepi; c. (fabric, garment, shawl, rug, etc) sibar-sibar: the handkerchief had a lace ~, sapu tangan itu mempunyai sibar-sibar renda; 5. long narrow garden bed along edge of garden, path, etc, batas: a ~ of rose bushes along the driveway, sebatas pokok mawar di sepanjang jalan kereta itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata border


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative ethicsetika pentadbiranPentadbiranTiada

border-collapse: collapse;" border="0" cellspacing="0" cellpadding="0" width="488">

Amalan yang menjadi pegangan individu atau kumpulan tertentu dalam melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Etika terkandung dalam agama, pendidikan, keluarga dan persekitaran yang merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat dan menjadi landasan dalam penentuan arah yang memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota pentadbiran bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai pekerja. Etika tersebut akan mewujudkan penyatuan dan penyelarasan antara anggota pentadbiran sebagai institusi utama yang menyumbang kepada pembangunan tamadun masyarakat dan merupakan standard mutlak bagi mendorong mereka berkhidmat dengan bersih, cekap, jujur, amanah, berdisiplin, ikhlas dan berkesan. Di Malaysia, undang-undang dan peraturan ini terkandung dalam Etika Perkhidmatan Awam
leadership stylegaya kepemimpinanPentadbiranTiada

border-collapse: collapse;" border="0" cellspacing="0" cellpadding="0" width="488">

Cara memimpin yang dimiliki oleh ketua dalam sesebuah organisasi. Gaya kepemimpinan ini boleh diklasifikasikan kepada dua pendekatan utama, iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan pekerja. Cara ini mempengaruhi amalan dan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin dan anggota organisasi dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Antara gaya yang digunakan boleh bersifat tegas, berdisiplin, emosional, bermotivasi dan bertolak ansur. Dalam kajian pentadbiran, terdapat pelbagai tipologi gaya kepimpinan seperti kepimpinan transaksional yang mengutamakan pulangan, kepimpinan transformasional yang memiliki misi dan visi serta mampu membuat perubahan, dan kepimpinan karismatik, iaitu gaya yang mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu perubahan. Gaya kepemimpinan sebegini mempe
organisational climateiklim organisasiPentadbiranTiada

border-collapse: collapse;" border="0" cellspacing="0" cellpadding="0" width="488">

Budaya, amalan dan persekitaran yang wujud dalam sesebuah organisasi. Persekitaran organisasi yang kondusif, hubungan antara pekerja, sikap majikan, kaedah dan gerak kerja, etika pekerjaan, misi dan visi organisasi, piagam pelanggan dan sebagainya akan mempengaruhi iklim dalam sesebuah organisasi. Iklim antara sebuah organisasi dengan organisasi yang lain biasanya berbeza kerana banyak bergantung pada sikap individu dalam organisasi tersebut. Sekiranya kakitangan dan majikan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang, terhindar daripada karenah birokrasi yang tinggi, maka secara tidak langsung terbukti bahawa organisasi tersebut mempunyai iklim yang positif dan begitu juga sebaliknya.
cultural issuesisu budayaPentadbiranPentadbiran Awam

border="0" cellspacing="0" cellpadding="0" width="488" style="width: 366pt; border-collapse: collapse">
border-bottom: windowtext 0.5pt solid; border-left: windowtext 0.5pt solid; background-color: transparent; width: 366pt; height: 120pt; border-top: windowtext 0.5pt solid; border-right: windowtext 0.5pt solid">Perkara atau persoalan utama yang wujud berkaitan dengan cara hidup, nilai sosial, adat resam, tradisi, kepercayaan, tingkah laku dan persekitaran dalam masyarakat. Persoalan ini boleh wujud dalam pelbagai rupa dan bentuk yang mempengaruhi persekitaran kerja dan pengurusan organisasi. Isu budaya turut mempengaruhi kualiti kehidupan individu dan juga anggota masyarakat. Dalam konteks perkhidmatan awam, isu budaya sering dilih
international affairshal ehwal antarabangsaPentadbiranTiada

border-collapse: collapse;" border="0" cellspacing="0" cellpadding="0" width="488">

Perkara yang berkaitan dengan hubungan antara negara, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerjasama serantau, NGO antarabangsa dan perbadanan multinasional. Hal ehwal ini melibatkan hubungan di luar sempadan sesebuah negara. Hubungan ini boleh bersifat perdagangan, perundangan, diplomasi, keselamatan, dasar organisasi, pasaran, krisis dan konflik. Kerjasama serantau dalam kalangan negara anggota ASEAN merupakan contoh yang berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa.
dynamics of organisationdinamik organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

border="0" cellspacing="0" cellpadding="0" width="488" style="width: 366pt; border-collapse: collapse">
border-bottom: windowtext 0.5pt solid; border-left: windowtext 0.5pt solid; background-color: transparent; width: 366pt; height: 180pt; border-top: windowtext 0.5pt solid; border-right: windowtext 0.5pt solid">Kaedah pembaharuan, kemajuan dan penyesuaian yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan atasan untuk memantapkan organisasi. Dinamik organisasi bergantung pada misi dan visi yang jelas serta boleh diukur dan dilihat dalam bentuk program atau rangka tindakan utama organisasi. Contohnya, program pemantapan kakitangan, kursus dan seminar, program latihan dan pembangunan, usaha penyelidikan dan pembangunan, penstrukturan semula organisasi,
Non-Governmental Organisation (NGO)Badan Bukan Kerajaan (NGO)PentadbiranTiadaborder-collapse: collapse;" border="0" cellspacing="0" cellpadding="0" width="488">
Organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara atau memperjuangkan sesuatu matlamat atau sebarang isu yang mempunyai kepentingan dalam sesebuah masyarakat. NGO pada prinsipnya bertindak secara sukarela, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak dan tidak bermotifkan keuntungan atau tujuan politik. Contohnya, Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang bergerak untuk kepentingan alam sekitar, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang bermatlamat memelihara kepentingan pengguna dan Amnesty International yang ditubuhkan untuk memperjuangkan hak asasi dan keadilan orang ramai.
border faultsesar sempadanGeologiTiadaTiada
border faciesfasies sempadanGeologiTiadaBahagian pinggir suatu rejahan igneus yang berbeza tekstur dan komposisinya daripada jasad utama rejahan disebabkan oleh asimilasi bahan daripada batuan selitan atau penyejukan bahan daripada batuan selitan tersebut pada kadar yang lebih cepat.
border effectkesan sempadanGeologiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas