Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.ria] | بوريا

Definisi : sj kesenian tradisional di kalangan orang Melayu Pulau Pinang yg berupa lakonan (lawak jenaka) dan diikuti dgn nyanyian yg diiringi tarian berkumpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.ria] | بوريا

Definisi : permainan pentas yg disertai nyanyian yg popular di kalangan orang-orang Melayu Pulau Pinang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boria


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boriaboriaMuzikTiada

 Tenter popular di Pulau Pinaog. Boria mula diperkenalkan pada abad ke-19 oleh keturunan Jawi Peranakan dan popular da lam kalangan urang Melayu. Boria terdin daripada sketsa lawak jenaka, nyanyian vokal dan tarian. Lagu dinyanyikan secara bersahut-sahutan antara tukang karang dengan korus. Korus ini juga dikenali sebagai sailors. Ensembelnya terdiri danpada biola, gambus, marwas, tabla, akordion, simbal, harmonika dan alat muzik Barat yang lain. Muziknya mengikut peredaran zaman, sementara liriknya tertumpu pada puisi, sajak dan isu semasa.

boriaboriaKesenianDrama dan TeaterSeni persembahan teater rakyat di Pulau Pinang yang menggunakan dua segmen persembahan. Segmen pertama bermula dengan sketsa komik, sekitar 10 hingga 15 minit berkenaan dengan isu semasa. Segmen kedua pula diikuti dengan lagu tari yang ditarikan oleh 10 hingga 12 penari di bawah pimpinan seorang tekong sebagai ketua. Dalam persembahan boria, elemen pengikat antara sketsa komik dan lagu tari ialah tema yang sama.
burlesqueburleskKesenianDrama dan TeaterPersembahan atau sketsa yang disampaikan melalui perlakuan atau lagu dan nyanyian yang dilebih-lebihkan untuk menimbulkan kesan lucu yang menggelikan hati bagi tujuan menyindir tokoh dan ehwal semasa. Contohnya, persembahan commedia dell ‘artedi Itali dan koli kallendalam persembahan boria pada waktu siang.

Kembali ke atas