Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bron.kus] | برونکوس

Definisi : (Bio) salah satu drpd dua cabang utama batang tenggorok (dlm paru-paru). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bron.kus] | برونکوس

Definisi : ist cabang atau salur dr tenggorokan yg bersambung ke paru-paru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bronkus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bronchusbronkusVeterinarPraklinikalLaluan atau tiub besar selepas trakea yang membawa udara ke paru-paru. Bronkus dibahagikan kepada dua cabang utama; iaitu bronkus kiri dan bronkus kanan. Bronkus mempunyai cabang yang lebih kecil disebut bronkiol.
bronchiectasisbronkiektasisPerubatanTiadaPengembangan kronik bronkus atau salur bronkus .
bronchodilatationbronkodilatasiPerubatanFarmakologi

Keadaan pengembangan bronkus, iaitu saluran pernafasan yang membawa udara ke paru-paru. Pengembangan ini berlaku akibat daripada pengenduran otot licin bronkus atau peningkatan tekanan di dalam bronkus berbanding di luar. Pengembangan bronkus ini memudahkan perjalanan udara dari atmosfera ke paru-paru.

bronchial intubationintubasi bronkusPerubatanTiada1. Prosedur memasukkan tiub endobronkial ke dalam bronkus. Prosedur ini merupakan salah satu teknik pengasingan paru-paru untuk memudahkan pembedahan torasik dan mengasingkan paru-paru normal daripada pencemaran paru-paru berpenyakit. 2. Keadaan yang boleh berlaku apabila intubasi trakea dimasukkan terlalu dalam secara tidak sengaja sehingga ke bronkus, biasanya ke bronkus kanan. Keadaan ini menyebabkan paru-paru kiri tidak mengembang dan paru-paru kanan mengembang dengan berlebihan.
bronchial obstructionsumbatan bronkusPerubatanTiadaSumbatan dalam bronkus oleh benda asing seperti kekacang, syiling kecil atau bahagian kecil alat permainan. Keadaan ini menyebabkan aliran oksigen terhalang daripada masuk ke dalam trakea, bronkus dan paru-paru dan seterusnya akan menyebabkan hipoksia.
bronchial lavagelavaj bronkusPerubatanTiadaProsedur membersihkan bronkus untuk menghilangkan kotoran seperti cecair, lendir dan kuman. Sampel lavaj biasanya diambil untuk ujian kultur dan sensitiviti mikroorganisma.
bronchial veinvena bronkusPerubatanTiadaVena yang menyalir bronkus yang besar, kelenjar limfa dan tisu penghubung akar-akar paru-paru.
bronchusbronkusBiologiHistologi dan SitologiSalur udara yang menyambung trakea dengan paru-paru vertebrat. Bronkus terdiri daripada gelang-gelang rawan yang tersusun dan dikelilingi otok tak berjalur. Pada sebelah dalam dindingnya terdapat sel kelenjar yang merembeskan serum dan sel bersilium yang berperanan memerangkap habuk dan kotoran supaya tidak memasuki paru-paru.
bronchial hygiene therapyterapi kebersihan bronkusPerubatanTiadaRawatan khas untuk mencuci bronkus dengan menggunakan peralatan steril seperti sarung tangan dan bronkoskop.
bronchial blockerpenyumbat bronkusPerubatanTiadaAlat khas yang digunakan untuk menyumbat salah satu rongga bronkus semasa pembedahan paru-paru. Penyumbatan ini perlu untuk memastikan paru-paru yang dibedah mengecut. Alat ini digunakan semasa pembedahan kardiotorasik, seperti dalam pembedahan kanser paru-paru, kanser esofagus dan prosedur pembedahan torakoskopi bantuan video (VATS).
12345678910

Kembali ke atas