kelarai pending(Br.) | kelarai pending(Br.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur benda berbentuk pending Brunei. |
kelarai bunga selendang(Br.) | kelarai bunga selendang(Br.) | Kesenian | Tiada | Corak anyaman berunsur geometri berbentuk retin yang berinti, yang dipadankan dengan bunga pada selendang tradisional Brunei. |
kulintang | kulintang | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang terdiri daripada gong chime, beberapa jenis gong tergantung dan dram yang terdapat di Filipina Selatan, Sarawak, Sabah dan negara Brunei Darussalam. Di Magindanao, Filipina Selatan, ensembel kulintang terdiri daripada gong chime, iaitu kulintang, gong, iaitu agung, gandingan, babandil dan dram dabakan. Di Sarawak, ensembel yang sama dikenali sebagai ensembel engkerumong dan terdiri daripada gong chime (engkerumong), gong (tawag) dan bandai serta dram ketebong. Di Sabah, ensembel yang sama dinamai kulintangan dan terdiri daripada gong chime (kulintangan), gong (babandil) dan agung serta dram gandang. |
parogoge | parogog | Kesusasteraan | Puisi | Proses penggunaan diksi atau perkataan oleh seseorang penyair yang melakukan tambahan pada akhir setiap perkataan yang digunakannya dengan satu atau sekelompok bunyi. Contohnya, perkataan 'adi' (Brunei) menjadi 'adik' (Melayu). |
ASEAN Free Trade Area (AFTA) | Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Aturan perdagangan serantau yang membentuk blok perdagangan antara negara anggota ASEAN. Perjanjian penubuhan AFTA dimeterai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada tahun 1992. Vietnam menyertai AFTA pada tahun 1995, Laos dan Myanmar menyertainya pada tahun 1997, dan Kemboja menganggotainya pada tahun 1999. Matlamat utama AFTA adalah untuk meningkatkan daya saing ekonomi ASEAN menerusi pengurangan dan penghapusan halangan perdagangan tarif dan bukan tarif. AFTA juga bertujuan untuk meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing ke rantau ASEAN. Mekanisme terpenting AFTA ialah Skim Tarif Keutamaan Efektif Umum (CEPT) yang mengurangkan dan menghapuskan tarif terhadap produk yang didagangkan sesama negara anggota ASEAN. Peranan AFTA dan mekanismenya termasuk CEPT telah diambil alih oleh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang memperkukuh lagi integrasi dalam kalangan negara anggota ASEAN. |
legitimacy | keabsahan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang menjelaskan kesahan penerimaan kuasa secara sah oleh rakyat. Sumber sah sesuatu kuasa terbahagi kepada tiga, iaitu tradisional, karisma dan rasional perundangan. Contohnya, sistem beraja Negara Brunei Darussalam disahkan kerana tradisi yang masih kekal. Menurut S.M. Lipset pula, keabsahan melibatkan keupayaan sesebuah sistem politik membangkitkan dan mengekalkan kepercayaan ramai bahawa institusi politik yang ada merupakan institusi paling sesuai bagi masyarakat tersebut. Masalah timbul apabila terdapat pihak yang tidak yakin dengan institusi politik dan struktur kuasa yang ada. Contohnya, keadaan yang dialami oleh penduduk Quebec di Kanada dan pergolakan yang berlaku di Ireland Utara. |
absolute monarchy | monarki mutlak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh keluarga diraja. Dalam sistem monarki ini, keseluruhan sistem pemerintahannya dikuasai oleh anggota keluarga tersebut dan mewarisinya secara turun-temurun. Penguasaan ini merangkumi agensi pemerintahan, perundangan, jentera pentadbiran, sumber hasil negara dan sebagainya. Contohnya, negara Brunei Darussalam merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan monarki mutlak. |
monarchy | monarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan yang meletakkan institusi raja sebagai pemerintah yang memiliki kuasa yang mutlak, di luar kawalan undang-undang dan boleh melaksanakan sebarang tindakan tanpa batasan. Sistem penggantian kuasanya melalui warisan dan anak yang tertua atau anak lelaki yang terdekat bakal mewarisi takhta seperti yang terdapat di Brunei Darussalam, Kuwait dan Arab Saudi. Pemerintahan ini menolak sebarang persaingan dan tidak membenarkan kehadiran parti politik. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa negara yang mengamalkan monarki terhad atau berperlembagaan. Monarki jenis ini wujud dalam negara yang bersifat demokrasi seperti Malaysia, Jepun, Thailand dan Great Britain. |
audio conferencing | sidang audio | Teknologi Maklumat | Tiada | Sesi perbincangan atau mesyuarat di dua atau lebih lokasi berjauhan melalui media komunikasi seperti telefon dan internet. Komunikasi di antara ahli persidangan menggunakan peranti titi audio atau fon pembesar suara. Juga dikenali sebagai telesidang. Kemudahan sidang audio ada disediakan oleh PABX berasas komputer. Contohnya seperti rancangan pertandingan Rumi lawan Juli di Radio Era dan permintaan lagu antara radio Malaysia, Brunei dan Indonesia. Banding sidang video dan sidang komputer. |
disputed territory | wilayah sengketa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kawasan yang dituntut oleh dua atau lebih negara. Negara yang menuntut lazimnya tidak mempunyai kedaulatan yang jelas terhadap wilayah ini. Persengketaan berebut wilayah pernah membawa kepada penggunaan kekerasan seperti Peperangan Falkland tetapi mengikut undang-undang antarabangsa, ia hendaklah diselesaikan secara aman seperti kes Batu Putih. Contoh lain ialah Kepulauan Spratly yang dituntut oleh Brunei, Filipina, Malaysia, Republik China (Taiwan), Republik Rakyat China dan Vietnam. |