Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pendapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : apa-apa yg difikirkan oleh seseorang; pendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buah fikiran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oral traditiontradisi lisanKesusasteraanTiadaBuah fikiran, pantang larang, kepercayaan, dan peribahasa yang dipertuturkan secara lisan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
ideatema; ideaKesusasteraanTiada2. Idea: Buah fikiran yang dijadikan saranan.
acataphasiaakatafasiaPerubatanTiadaKetidakupayaan untuk mengungkapkan buah fikiran dengan cara yang berhubung kait, kerana lesi pusat.
idea definitiondefinisi ideaLandskapTiadaPenetapan buah fikiran dalam menghasilkan sesuatu reka bentuk setelah beberapa kajian alternatif dibuat.
dyslogismdislogismeKesusasteraanTiadaPerkara yang susah untuk melahirkan buah fikiran melalui percakapan, perbualan disebabkan kurang daya memberi hujah.
public opinionpendapat awamPentadbiranPentadbiran Awam

Pandangan, idea, buah fikiran, sikap, kepercayaan dan persepsi individu dalam masyarakat yang diperoleh melalui media dan pungutan suara dari satu segmen masyarakat yang boleh mewakili pendapat umum terhadap sesuatu isu. Pandangan yang datang daripada masyarakat umum ini biasanya berkaitan dengan sesuatu isu atau masalah yang berlaku di persekitaran mereka, dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah dan perkembangan yang berlaku di luar negara. Antara saluran utama pendapat awam ialah agensi pungutan suara, akhbar, forum perbincangan, seminar, konvensyen, internet dan telefon.

catalogue versepuisi katalogKesusasteraanTiadaPuisi yang menunjukkan senarai rekod nama individu, tempat, peristiwa, objek atau buah fikiran. Puisi katalog bertujuan memudahkan ingatan atau hafalan tentang sesuatu susunan peristiwa, genealogi atau fakta. Teknik penyenaraian akan memberikan kesan ringkas, dramatik, dan ekonomik terhadap puisi tersebut. Puisi katalog biasanya wujud dalam karya epik, iaitu penglibatan hero dalam beberapa siri peperangan yang dibuat dalam bentuk senarai. Contohnya, karya Milton berjudul Paradise Lost yang memperlihatkan beberapa senarai genealogi dan unsur mitologi. Contoh lain terdapat dalam karya Walt Whitman berjudul Song of Myself (1855). Dalam karya tersebut, pengarang memasukkan beberapa senarai panjang tentang genealogi dan maklumat geografi yang berkaitan dengan susunan nama individu, tempat, dan pekerjaan yang terdapat di Amerika Syarikat.
political discoursewacana politikPentadbiranPentadbiran Awam

Perbincangan serta perdebatan tentang ilmu politik secara intelektual yang bersifat formal, melibatkan pertukaran idea, persepsi, buah fikiran oleh sekumpulan individu. Biasanya wacana ini dibuat apabila timbul satu isu dalam sesebuah negara yang boleh memberikan impak kepada kedudukan politik. Ia sering melibatkan golongan terpelajar seperti siswa-siswi, golongan intelek mahupun ahli politik. Wacana ini dipercayai dapat mencambahkan pemikiran dalam memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam. Contohnya, perbincangan terhadap isu yang berkaitan dengan globalisasi, liberalisasi, dasar luar negara dan sebagainya.

epigramepigramKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan penga
phonocentrismfonosentrismeKesusasteraanTiadaPerihal tumpuan pada bunyi atau pertuturan. Fonosentrisme merupakan salah satu cabang dalam bidang logosentrisme yang mengutamakan pertuturan berbanding dengan penulisan. Ahli falsafah perancis, Jacques Derrida memperkenalkan istilah logosentrisme apabila beliau membicarakan aspek kebenaran dalam bentuk buah fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan dalam fonosentrisme berdasarkan pandangan bahawa fonosentrisme lebih hampir dengan kebenaran berbanding dengan penulisan. Menurut Derrida, penulisan dianggap asing berbanding dengan pertuturan. Pandangan ini bertentangan dengan pendapat Plato, seorang ahli falsafah purba yang meletakkan tahap pertuturan lebih tinggi daripada penulisan. Lihat juga logosentrisme.

Kembali ke atas