tell-show-do method | kaedah terang-tunjuk-buat | Pergigian | Tiada | Kaedah pengendalian perlakuan yang digunakan kepada pesakit kanak-kanak supaya memberi kerjasama semasa prosedur rawatan dilakukan. Kaedah ini melibatkan penerangan prosedur rawatan yang akan dijalankan diikuti dengan tunjuk ajar prosedur rawatan dan seterusnya dilakukan terhadap pesakit. Kaedah ini bertujuan mengurangkan perasaan takut, membentuk gerak balas serta menjangka kelakuan pesakit. |
dental behaviour shaping | pembentukan tingkah laku pergigian | Pergigian | Tiada | Pembentukan sikap pesakit kanak-kanak supaya positif terhadap rawatan pergigian. Pembentukan tingkah laku pergigian menggunakan pelbagai pendekatan pengendalian kelakuan seperti kaedah terang-tunjuk-buat dan model tingkah laku pergigian. |
dental behaviour management | pengurusan tingkah laku pergigian | Pergigian | Tiada | Pengendalian sikap pesakit kanak-kanak yang takut dan tidak bekerjasama terhadap rawatan pergigian melalui beberapa kaedah. Kaedah ini melibatkan pembentukan sikap dan penyahpekaan perasaan takut, melalui teknik terang-tunjuk-buat, teknik alih perhatian, model tingkah laku pergigian dan penggunaan ubat bagi menenangkan pesakit tersebut. Penggunaan ubat dilakukan secara pramedikasi, sedasi nitrus oksida atau bius am. Melalui kaedah ini, pesakit dapat memberikan kerjasama semasa rawatan dijalankan. |
Law of The Sea Convention | Konvensyen Undang-Undang Laut | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konvensyen yang pertama kali ditandatangani pada tahun 1958 dalam usaha komuniti antarabangsa menyelaraskan undang-undang laut antarabangsa bagi menyelesaikan perbezaan tuntutan bidang kuasa terhadap kawasan lautan antara negara dunia. Undang-undang laut ini ditandatangani kali kedua pada tahun 1960 untuk menyelesaikan tuntutan lain yang timbul seperti hak penangkapan ikan. Pada bulan Disember 1982, undang-undang tersebut ditandatangani buat kali ketiga. Undang-undang ini merangkumi semua aspek dalam hak dan penggunaan lautan sebagaimana yang termaktub dalam sejumlah 320 artikelnya. Artikel tersebut termasuklah hak penggunaan perkapalan antarabangsa untuk melalui perairan selat. Undang-undang ini juga memperuntukkan zon eksklusif ekonomi seluas 200 batu nautika bagi negara tepi pantai dalam menentukan aktiviti penggunaan sumber alam, penyelidikan saintifik dan perikanan. Peruntukan juga dibuat dalam konvensyen ini untuk mewajibkan sebarang perselisihan yang tidak dapat diselesaikan melalui perundingan, disera |
antidumping agreement | perjanjian antilambakan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian dalam sistem Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mendisiplinkan langkah antilambakan. Perjanjian ini memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh negara anggota WTO jika mahu mengambil langkah antilambakan terhadap import. Perjanjian antilambakan melaksanakan Perkara VI GATT yang mencela aktiviti lambakan sekiranya lambakan memudaratkan pengeluar tempatan di negara pengimport. Perjanjian antilambakan membenarkan negara pengimport mengenakan duti lambakan terhadap import pada kadar yang sama dengan margin lambakan. Perjanjian antilambakan pada asalnya dikenali sebagai kod antilambakan, dirundingkan buat kali pertama dalam Rundingan Pusingan Kennedy dan dimuktamadkan pada tahun 1967. Pada tahun 1980, kod antilambakan ditukar nama kepada perjanjian antilambakan. Perjanjian antilambakan dilampirkan kepada GATT dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. Lihat juga langkah antilambakan. |
romanticism | romantisisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada be |
shi�r ?l-f?khr | shi�r ?l-f?khr | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman |