nonverbal test | ujian bukan lisan | Pendidikan | Tiada | Ujian yang tidak memerlukan pertuturan dan hanya memerlukan sedikit penggunaan bahasa. |
iodin | iodine | Farmasi | Tiada | Unsur bukan logam yang wujud dalam bentuk granul, relap, berwarna kelabu, dan merupakan ahli kumpulan halogen yang paling tidak reaktif, bersifat semikonduktor, mudah terpejalwap, larut di dalam pelarut tak terkutub, dan larut sedikit di dalam air. Iodin digunakan untuk pembuatan iodida dan iodat, dan sebagai pewarna, mangkin, sabun, bahan uji, dan ubat. |
asymmetric compression | pemampatan asimetrik | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik pemampatan fail yang proses penyahmampatannya bukan keterbalikan atau songsangan proses pemampatannya. Teknik ini biasanya memerlukan banyak pemprosesan semasa pemampatan dan amat sedikit pemprosesan semasa penyahmampatan. Contohnya dalam penciptaan CD-ROM, proses pengeluaran memakan masa, sedangkan proses main semula murah dan mudah. |
krypton | kripton | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan O atau VIIIA (atau 18) jadual berkala, iaitu ahli kumpulan gas adi, simbol Kr, nombor atom 36, berat atom 83.80, nombor pengoksidaan +2 (hanya KrF2), takat beku –157oC, takat didih –152.9oC, wujud sebagai gas monoatom yang tidak berwarna, tidak berbau, larut sedikit di dalam air dan terdapat enam bentuk isotop yang stabil. Kandungan kripton di dalam udara alah 0.001% mengikut isi padu. Kripton diperoleh daripada udara melalui proses penyulingan berperingkat udara cecair. Unsur ini digunakan untuk membuat lampu berpendarfluor, dan digunakan dalam laser dan fotografi kelajuan tinggi. |
iodine | iodida | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol I, nombor atom 53, berat atom 126.905, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +5 dan +7, takat lebur 113.5oC, takat didih 184oC, wujud dalam bentuk granul, relap, berwarna kelabu, ahli kumpulan halogen yang paling tidak reaktif, bersifat semikonduktor, mudah terpejalwap, larut di dalam pelarut tak berkutub seperti alkohol, karbon disulfida, kloroform, eter, karbon tetraklorida, gliserol dan larutan iodida beralkali, dan larut sedikit di dalam air. iodin mempunyai banyak isotop radioaktif buatan. unsur ini diperoleh daripada air garam. iodin digunakan untuk pembuatan iodida dan iodat, dan sebagai pewarna, mangkin, sabun, bahan uji dan ubat. |
difference spectrophotometry | spektrofotometri perbezaan | Kimia | Biokimia | Teknik pengukuran kadar penyerapan sesuatu larutan dengan cara menentukan kadar penyerapan larutan ujian berbanding dengan kadar penyerapan larutan ujian lain yang bukan larutan piawai, dan mengandungi zat dan kepakatan yang sama, tetapi keadaannya berbeza sedikit. |
unsaturated hydrocarbon | hidrokarbon tak tepu | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatian hidrokarbon yang mempunyai bukan sahaja ikatan tunggal tetapi juga ikatan dubel, ikatan tripel dan seterusnya di antara atom-atom karbon yang berdekatan. Dengan demikian, kuasa penggabungan trtinggi pada setiap atom karbon yang terlibat belum tercapai sehingga labih banyak atom hidrogen atau radikal-radikal lain boleh bergabung dengan atom karbon berkenaan. Sebatian ini sangat reaktif dan jika bertindakbalas dengan klorin akan menghasilkan cecair berminyak. Sedikit sekali dijumpai di dalam minyak mentah, tetapi banyak sekali terbentuk dalam proses peretakan petroleum. Contohnya anggota-anggota siri olefin dan siri olefin. |
petroleum | petroleum | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatian hidrokarbon atau campuran berbagai-bagai sebatian hidrokarbon yang wujud secara semula jadi dalam batuan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas. Sebatian hidrokarbon itu berkisar daripada jenis yang berberat molekul rendah hingga kepada jenis yang beberat molekul tinggi; dan dari jenis hidrokarbon tepu hingga yang tak tepu. Sedikit unsur-unsur bukan logam seperti sulfur, oksigen dan nitrogen juga boleh ditemui dalam sebatian hidrokarbon tersebut. |
radiation night | malam sinaran | Sains | Hidrometeorologi | Malam yang dicirikan oleh ketiadaan awan dan angin serta nyata terdapat padanya penyejukan bumi secara sinaran dan lapisan permukaan udara oleh pengkonduksian haba dari udara ke bumi. Ketiadaan awan memastikan terdapatnya agak sedikit sahaja sinaran pampasan yang diarahkan ke bumi. Ketiadaan angin mengehadkan penyejukan kepada lapisan nipis udara berhampiran dengan bumi dan menghasilkan suhu permukaan minimum yang rendah. Kejadian suhu udara minimum pada sesetengah keadaan pada beberapa sentimeter atas dari permukaan bumi dan bukan di permukaan bumi sendiri telah banyak dibuktikan tetapi sehingga kini tidak terdapat penjelasan yang boleh diterima. Faktor-faktor lain yang menggalakkan minimum suhu rendah pada malam sinaran ialah udara yang agak kering, kekonduksian haba bumi yang rendah, dan malam yang panjang. |
rolling resistance | rintangan guling | Mekanik | Gunaan | Rintangan terhadap gerakan guling roda bebas disebabkan oleh ubah bentuk yang berlaku pada roda itu dan pada landasannya di kawasan sentuhan. Ubah bentuk berkenaan menyebabkan sentuhan berlaku pada suatu kawasan terhingga dan bukannya pada suatu titik. Dengan sebab itu, daya tindak balas yang dikenakan oleh landasan pada roda tidaklah tegak tetapi sendeng sedikit. Oleh itu, titik tindakannya bukan berada betul-betul di bawah pusat roda sebaliknya ke hadapan sedikit [Rajah R2]. Komponen daya tindak balas pada arah mendatar merintangi gerakan roda itu. Lihat juga pekali rintangan guling. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 167 RAJAH R2 |