bibliopole | bibliopol | Perpustakaan | Tiada | Seseorang yang berurusan dengan buku terutamanya buku-buku nadir atau buku-buku yang aneh, ganjil tetapi menarik. |
book auction sale | lelong buku | Perpustakaan | Tiada | Kaedah menjual buku-buku terpakai, biasanya merupakan salinan buku nadir dan buku-buku berharga milik individu atau perpustakaan besar. |
allocate (to) | menguntukkan | Perpustakaan | Tiada | Menempatkan buku-buku sistem perpustakaan dan buku-buku lain di perpustakaan. |
chained book | buku dirantai | Perpustakaan | Tiada | Buku-buku yang dirantai pada rak atau meja bacaan di perpustakaan pada abad ke-15 hingga awal abad ke-18 untuk mengelakkan kecurian tetapi amalan ini mula pupus menjelang pertengahan abad ke-17 apabila buku-buku mula disusun menegak di rak. |
curriculum material center | pusat bahan kurikulum | Perpustakaan | Tiada | Pusat tempat menyimpan buku-buku profesional, bahan-bahan retrospektif dan semasa dan bahan-bahan pengajaran profesional yang lain dalam bentuk buku-buku teks tambahan, mikrofilem, terbitan bersiri, risalah, model dan lain-lain yang dipinjamkan terutama kepada guru-guru. |
antiquarian bookseller | penjual buku antik | Perpustakaan | Tiada | Orang yang menjual buku-buku nadir atau buku lama yang biasanya mempunyai nilai dan harga yang lebih tinggi daripada buku terpakai biasa. |
books for the blind | buku tunanetra | Perpustakaan | Tiada | Buku-buku yang disediakan untuk bacaan golongan cacat penglihatan, sama ada dalam bentuk cetak atau direkodkan seperti buku Braille dan buku ceramah. |
antiquarian bookshop | kedai buku antik | Perpustakaan | Tiada | Kedai yang menjual buku-buku nadir atau buku lama yang biasanya berharga tinggi. |
book fair catalogue | katalog pesta buku | Perpustakaan | Tiada | Katalog buku-buku yang dipamerkan dan pembuatan buku, termasuk ceramah oleh pengarang, pelukis ilustrasi, penjual buku dan penerbit. |
book carrier | pengangkat buku | Perpustakaan | Tiada | Satu sistem terdiri daripada bekas logam yang dihubungkan pada satu lingkaran rantai yang mampu mengangkat buku-buku antara bahagian-bahagian tertentu di perpustakaan. Sinonim: konveyor buku, pengedar buku. |