bibliotaph | bibliotaf | Perpustakaan | Tiada | Seseorang yang menyimpan buku-bukunya di tempat yang berkunci. Juga dipanggil `Ahli Bibliotaf'. |
stolon | stolon | Botani | Tiada | Batang lembut dan lampai yang menjalar di atas permukaan tanah. Di bahagian bukunya, terdapat tunas baru dan akar adventitius yang akan tumbuh. Batang yang lama biasanya akan mati. Contohnya, batang strawberi. |
moral fiction | fiksyen moral | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang menonjolkan mesej moral. Fiksyen ini diperkenalkan oleh John Gardner. Dalam bukunya yang kontroversial berjudul On Moral Fiction (1978), Gardner menampilkan idea bahawa seni yang benar ialah seni yang bersifat moral dan berunsur pengajaran. Beliau memuji Hensy James, Leo Tolstoy, dan John Fowles kerana menghasilkan karya yang menunjukkan kebenaran moral yang tinggi, dan kebolehan meneroka kepada pembaca, dan menjelaskan nilai-nilai kemanusiaan. Sebaliknya, beliau mengkritik pengarang yang terlalu mementingkan aspek permukaan atau zahir fiksyen, sedangkan karyanya tandus dari segi moral. Menurut Gardner, terdapat karya yang cuba mengajar sesuatu kepada pembaca tetapi tidak bermoral. Karya seperti ini tidak termasuk dalam kategori fiksyen moral. Contoh fiksyen moral di alam Melayu ditemui dalam novel Saga oleh A. Talib Hassan, Iman Markisa oleh Azizi Abdullah, dan novel Bumi Manusia oleh Pramoedya Ananta Toer dari Indonesia. |
creeping | menjalar | Botani | Tiada | Keadaan batang lembut yang menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar adventitius di bahagian buku-bukunya. Contohnya, pada tumbuhan kekacang penutup bumi. |
structuralist poetics | puitika strukturalis | Kesusasteraan | Tiada | Perihal menghuraikan cara menghayati teks menggunakan teori strukturalisme. Konsep ini diperkenalkan oleh Jonathan Culler (1975) dalam bukunya bertajuk Structuralist Poetics: Structuralism, Linguistics and the Strudy of Literature. Menurut Culler, puitika karya terletak pada sifat kebolehfahaman teks, iaitu cara puitika strukturalis ditulis. Pembaca pula harus mempunyai keterampilan sastera, iaitu kemampuan untuk mengiterpretasikan teks tersebut. |
Aristotelian criticism | kritikan Aristoteles | Kesusasteraan | Tiada | Kritikan yang mengikut kaedah analisis yang bercorak kehakiman, logik dan formal sifatnya yang digunakan oleh Aristotle dalam bukunya berjudul 'Poetics'. |
runner | rayapan | Botani | Tiada | Batang jenis menjalar yang kecil dan tampal dengan ruas-ruas yang panjang, merayap di atas permukaan tanah dan mengeluarkan akar adventitus di bahagian bukunya. Contohnya, pegaga dan kekacang penutup bumi. |
deontic | deontik | Kesenian | Drama dan Teater | Nilai komunikasi hasil daripada pemakluman persembahan pentas seperti brosur, poster, komen dan berita akhbar. Istilah deontik diperkenalkan oleh Andre Helbo, dalam bukunya Theory of Performing Arts, 1987. Lihat jugaaletik. |
septachord | septakord | Muzik | Tiada | Serangkaian not yang mempunyai tujuh klasifikasi pic dalam teori set. Allen Forte merupakan ahli teori set terkemuka yang menyenaraikan 38 jenis septakord dalam bukunya The Structure of Atonal Music. Antara septakord tersebut ialah (0, 1, 2, 4, 5, 7, 8), (0, 1, 3, 4, 6, 8, 10), (0, 1, 2, 4, 5, 7, 9) dan (0, 1, 2, 3, 4, 7, 9). Contoh (0, 1, 2, 4, 5, 7, 9) ialah (C, C#, D, E, F, G, A), (C#, D, Eb, F, F#, G#, A#) dan (D, D#, E, F#, G, A, B). |
octachord | oktakord | Muzik | Tiada | Serangkaian not yang mempunyai lapan klasifikasi pic dalam teori set. Allen Forte merupakan ahli teori set terkemuka yang menyenaraikan 29 jenis oktakord dalam bukunya The Structure of Atonal Music. Antara oktakord terse-but ialah (0, 1, 3, 4, 5, 6, 8, 9), (0, 1, 2, 3, 4, 5, 7, 9) dan (0, 1, 2, 4, 5, 7, 8, 10). Contoh (0, 1, 2, 4, 5, 7, 8, 10) ialah (C, C#, D, E, F, G, Ab, Bb), (C#, D, Eb, F, F#, G#, A, B) dan (D, D#, E, F#, G, A, Bb, C). |