الجنون غيرالمطبق | gila berkala | Agama Islam | Fiqh | Gila yang berlaku pada diri seseorang dalam waktu-waktu tertentu. Contohnya, ketika bulan mengambang, bulan penuh dan lain-lain. |
lunar rhythm | irama rembulan | Biologi | Ekologi | Perubahan taburan organisma yang dipengaruhi oleh fasa bulan. Irama rembulan banyak mempengaruhi hidupan laut, terutama organisma yang hidup pada zon antara perbani, dan zon sublitoral; kedua-dua jenis organisma ini dipengaruhi oleh air pasang surut. Irama rembulan dapat dihubungkan dengan kitaran pembiakan hidupan laut, seperti ketam, ikan dan cacing, misalnya ada cacing yang hanya akan membiak apabila bulan mengambang penuh. |