Indo-pacific tarpon | bulan-bulan | Perikanan | Tiada | Ikan pelagik daripada famili Megalopidae, spesies Megalops cyprinoids, iaitu sejenis ikan yang badannya berkilat dan berwarna keperak-perakan serta bersisik besar. Ikan ini hidup di kawasan laut yang cetek, berlumpur dan berpasir serta boleh masuk ke muara sungai. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat hanyut. Nama lain bagi ikan ini ialah banang dan pipih. |
delivery month | bulan serahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bulan-bulan tertentu yang ditetapkan bagi memenuhi peruntukan serahan bagi kontrak hadapan. |
humidity index | indeks kelembapan | Sains | Hidrometeorologi | Indeks tahap lebihan air yang melebihi keperluan air di sebarang stesen tertentu, sebagaimana digunakan oleh C.W.Thomthwaite. Indeks kelembapan dikira seperti yang berikut: indeks kelembapan= 100s/n dengan s (lebihan air) ialah hasil tambah perbezaan bulanan antara kerpasan dan sejatpeluhan keupayaan bagi bulan-bulan yang kerpasan biasanya melebihi sejat-peluhan keupayaan; dan n (keperluan air) ialah hasil tambah sejat peluhan keupayaan bulanan bagi bulan-bulan lebihan. Indeks kelembapan mempunyai dua kegunaan dalam pengelasan Thornthwaite, iaitu sebagai komponen indeks kelengasan; dan sebagai asas bagi pengelasan terperinci iklim kering. |
rain shadow | teduhan hujan | Sains | Hidrometeorologi | Kawasan yang mendapat curahan hujan purata yang agak kecil disebabkan oleh lindungan oleh banjaran bukit daripada angin lazim yang mengandungi hujan. Fenomena ini dapat dilihat pada peta curahan hujan bagi bulan-bulan yang dalamnya terdapat lebih banyak angin baratan yang luar biasa kencang, misalnya di timur Wales. |
lengkok bulan | lengkok bulan | Kesenian | Tiada | Bahagian lengkung dalam wau bulan dari sayap dan bulan sabit ke bulan penuh, dikenali juga dengan nama cakah di Kelantan. |
harvest moon | bulan panen/bulan tuai | Matematik | Tiada | Bulan penuh yang berlaku paling hampir dengan ekuinoks musim luruh, 23 September. Secara purata, bulan naik kira-kira 501/2 minit lewat daripada malam yang sebelumnya. Bulan penuh naik pada waktu matahari terbenam. |
bulan sabit | bulan sabit | Kesenian | Tiada | Ekor wau bulan yang berbentuk bulan sabit lazimnya 1/3 daripada bahagian ekor yang dikenali juga dengan nama tanduk. |
fixed deposit | deposit tetap | Ekonomi | Tiada | Deposit dalam institusi kewangan tertentu seperti bank perdagangan dan bank tabungan yang mempunyai tempoh simpanan tertentu seperti sebulan, tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan, dua belas bulan, atau lebih daripada setahun. Deposit minimum yang diperlukan oleh institusi kewangan di Malaysia ialah RM500. Kalau faedah simpanan berbeza mengikut tempoh matang. Jika simpanan hendak dikeluarkan sebelum tempoh matang, faedah simpanan mungkin tidak didapati atau dikira mengikut jangka yang lebih pendek yang memenuhi syarat. Sinonim deposit bermasa. |
bulan penuh | bulan penuh | Kesenian | Tiada | Bulatan yang dipasang antara sayap dengan bulan sabit pada wau bulan. Lebarnya sama dengan lebar kepala dan dikenali juga dengan nama labu di Kelantan. labu |
synodic month | bulan sinod/bulan qamari | Matematik | Tiada | Tempoh masa yang diperlukan oleh bulan untuk melengkapkan semua fasanya, atau selang masa antara dua bulan yang berturutan, iaitu 29.5306 hari. |