cock hackles | bulu tengkuk ayam jantan | Perikanan | Tiada | Bulu daripada bahagian tengkuk ayam jantan yang digunakan untuk membuat umpan bulu. Bulu tengkuk ayam jantan menjadi bahan utama kerana ciri-cirinya yang lurus dan mudah untuk dipintal. Lihat juga umpan bulu (I). |
seta | seta | Geologi | Tiada | 1. Bulu-bulu kejur atau sisik serangga, atau struktur yang menyerupai bulu kejur.,2.Tangkai yang menampung kapsul briofit.,3. Keta pada ketapod.,4. Lunjuran pada kutikel luar yang dihasilkan oleh trikogen. |
seta | seta | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1 Bulu-bulu kejur atau sisik serangga, atau struktur yang menyerupai bulu kejur. 2 Tangkai yang menampung kapsul briofit. 3 Keta pada ketapod. 4 Lunjuran pada kutikel luar yang dihasilkan oleh trikogen. |
seta | seta | Biologi | Entomologi | Bulu, bulu kejur, atau sisik serangga. |
wool | wul; bulu biri-biri; benang bulu biri; kain bulu biri | Kesenian | Tiada | 1. Benang bulu biri: Benang atau gentian daripada bulu biri-biri, unta, ilama, anggora dan lain-lain,. 2. Kain bulu biri: Fabrik yang dihasilkan dengan tenun, kait atau felt yang menggunakan benang bulu, digunakan untuk membuat pakaian musim sejuk. |
wool | wul; bulu biri-biri; benang bulu biri; kain bulu biri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Benang bulu biri: Benang atau gentian daripada bulu biri-biri, unta, ilama, anggora dan lain-lain,. 2. Kain bulu biri: Fabrik yang dihasilkan dengan tenun, kait atau felt yang menggunakan benang bulu, digunakan untuk membuat pakaian musim sejuk. |
tomentose | berbulu | Perhutanan | Tiada | Dilapisi atau diselaputi bulu-bulu atau fibril yang tersusun rapat. |
scrubbing brush | berus penggahar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat daripada bulu-bulu binatang, serabut, plastik dan lain-lain yang digunakan untuk menggonyoh atau menggosok kuat-kuat sesuatu permukaan supaya bersih. |
contour feather | bulu pelepah kontur | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bulu berbarbul yang merupakan bulu terbang atau bulu ekor unggas dan menjadi kan keseluruhan bulu unggas tersebut tampak licin serta berkontur; pluma. |
signal grass | rumput signal | Veterinar | Tiada | Rumput terpilih daripada spesies Brachiaria decumbens yang pertumbuhannya separa menjalar manakala batang dan daunnya diselaputi bulu-bulu halus. Rumput ini mudah hidup di pelbagai jenis tanah termasuk kawasan tanah cerun dan tahan terhadap banjir serta kemarau. Kandungan proteinnya ialah 10-12% dan tenaga sebanyak 8-9 MJ/kg. Rumput ini boleh menyebabkan masalah fotosensitif pada biri-biri dan kambing tetapi tidak pada lembu dan kerbau. Selain itu, ternakan juga boleh mengalami jaundis dengan tanda-tanda kekuningan di seluruh badan akibat meningkatnya kandungan bilirubin dalam darah, berkeruping di bahagian mulut dan punggung, tidak makan, kepala terdongak, kurus dan seterusnya boleh menyebabkan kematian. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor antipemakanan seperti saponin yang terdapat di dalam rumput tersebut. |