saddle roof | bumbung pelana | Kesenian | Seni Bina | Bumbung berperabung yang menghubungkan dua bumbung cerun yang bersambung dengannya pada sudut 90�. Reka bentuk bumbung ini seakan-akan pelana. |
roof | bumbung | Kesenian | Seni Bina | Bahagian atas sebelah luar rumah atau bangunan yang berfungsi untuk menahan hujan dan cahaya matahari daripada memasuki bahagian dalam bangunan. Bentuk bumbung terdapat dalam pelbagai jenis seperti bumbung tebar layar, bumbung sesekat dan bumbung pelana. |
rafter | kasau | Kesenian | Seni Bina | Anggota penyokong bumbung yang berada di bawah kerangka bumbung, dipasang mengikut kecerunan bumbung dan merentang dari puncak bumbung sehingga ke bahagian cucur atap. |
rafter | kasau | Kejuruteraan | Tiada | Anggota penyokong bumbung yang berada betul-betul di bawah bahan bumbung, terpasang mengikut cerun bumbung dan merentangi daripada puncak bumbung sehingga ke cucur atap. |
baffle roof | bumbung sesekat | Kesenian | Seni Bina | Bumbung yang diperbuat daripada kepingan lelangit yang menyendeng selari dengan kecerunan bumbung bagi membentuk ruang udara. Ia bertujuan untuk menghasilkan ruang pengudaraan bagi mengeluarkan udara panas yang terhasil daripada aliran bahang panas matahari yang masuk melalui bumbung. Binaan tersebut dapat mengurangkan peningkatan suhu udara pada ruang di bawah bumbung. |
Mansard roof | bumbung Mansard | Kesenian | Seni Bina | Bumbung bercuram dua, dengan bahagian rendah yang mempunyai curam tajam dan bahagian atas yang pendek dan hampir leper. Bumbung ini direka bentuk supaya boleh mewujudkan satu ruang dengan ketinggian yang boleh didiami. Bumbung ini dinamai sempena nama seorang arkitek Perancis pada Zaman Renaisans, iaitu Francios Mansard. |
shed roof | bumbung bangsal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bumbung limas yang bentuknya seperti bumbung pisang sesikat. |
roof light | terowong bumbung | Kesenian | Seni Bina | Saluran yang membawa cahaya luar masuk ke dalam sesuatu ruang dengan menggunakan gelung anjal atau tiub. Terowong bumbung berbeza dengan jendela bumbung yang membawa masuk cahaya dari luar melalui bukaan panel kaca atau plastik jenis akrilik pada permukaan bumbung. |
gabel roof | bumbung gabel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bumbung yang terbentuk daripada dua satah bumbung yang mempunyai sudut kecuraman yang berbeza pada setiap puncak. |
Mansard roof | bumbung Mansard | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bumbung limas yang saling bertindih. Bahagian bawah bumbung ini lebih curam daripada bahagian atas. |