Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj pokok bunga (warna bunga­nya merah, kuning, dll), Bougainvillea spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan rambut dll); b) sj tumbuhan (pokok yg berbunga), Bougainvillea spp.; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. bunga yg dibuat drpd kertas. b. nama sj pokok atau bunganya (bunganya tipis), Bougainvillea spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga kertas

Puisi
 

Bunga melur kembang sekaki,
     Ambil sekuntum bungkus kertas;
Dalam telur lagi dinanti,
     Inikan pula sudah menetas.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bougainvilleabunga kertasPertanianTiadaTiada
xenia effectkesan xeniaHerbaBotani dan BioteknologiKesan segera yang ketara, terhasil daripada persenyawaan silang pada dua varieti tanaman yang berbeza. Contohnya, warna bunga kertas yang boleh berubah mengikut sumber debunga satu varieti lain.
bractbraktaBotaniTiadaDaun terubahsuai yang berada di bawah pudung dan biasanya menutupi bunga pada peringkat kudup, seperti pada bunga kertas. Brakta kadangkala melekat hingga ke peringkat bunga dan kelihatan seperti petal yang berwarna-warni. Walau bagaimanapun, brakta tidak dianggap sebagai organ bunga kerana kedudukannya yang terletak di bawah pudung.
paper and paper productskertas dan keluaran kertasEkonomiTiadaKeluaran yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis kertas, termasuk pulpa, papan kertas, papan gentian, dan barang siap yang dibuat daripada kertas seperti kotak bungkusan, penutup botol, sarung surat dan alat tulis, bunga kertas, dan tanglung, tetapi tidak termasuk kertas yang dicetak seperti kad ucap selamat, surat khabar dan buku.
crepe paperkertas bungaPentadbiran PerniagaanTiadaKertas nipis yang menggerutu dan berkerutan.
kertas perut ayam (Kl.)kertas perut ayam (Kl.)KesenianTiadaKertas bunga untuk membuat jerabut.
paper capacitorpemuat kertasTeknikElektrikPemuat yang dibuat daripada plat kerajang logam dan dipisahkan oleh kertas lilin. pemuat jenis ini biasanya berbentuk silinder berukuran sederhana. Pemuat kertas boleh digunakan pada motor semesta untuk mengurangkan bunga api, iaitu dengan menyambungkannya selari dengan gerimit.
static chargecas statikTeknikElektrik1. Cas atau kuantiti cas yang tidak bergerak, seperti yang wujud pada plat pemuat. 2. Cas yang terkumpul pada sesuatu jasad yang boleh dihasilkan oleh sebab-sebab luaran, seperti geseran kertas ketika dicetak atau geseran antara awan. Cas statik apabila ternyahcas akan mengakibatkan bunga api atau gangguan bekalan akibat tarikan elektrostatik.

Kembali ke atas