onomatopoeia | onomatopia | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan atau gabungan perkataan yang bunyinya meniru bunyi yang dideskripsikan. Contohnya, bunyi �hiss�, �buzz� dan �bang�. Contoh penggunaan onomatopia dalam puisi bertajuk �Come Down, O Maid� oleh Tennyson adalah seperti yang berikut: The moan of doves in immemorial elms, And murmuring of innumerable bees. Dalam contoh di atas, onomatopia ditampilkan melalui ulangan konsonan �m�. Bunyinya boleh bersifat lunak atau sebaliknya. Browning dalam sajaknya berjudul �Meeting at Night� memimikkan mukanya untuk menghasilkan bunyi yang menggangu ketenangan derianya. Contoh: A tap at the pane, the quick sharp scratch, And blue spurt of a lighted match Dalam contoh di atas, gangguan deria dicetuskan oleh perkataan yang terputus-putus dan bunyinya yang kasar. Dalam sastera Arab, bait-bait sajak Imru� al-Qays berbunyi: �mikarri mifarri, muqbilin mudbirin ma�an/ ka-julmudi sakhrin hattahu al-saylu min �ali�. Istilah onomatopia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �menama |
homonym | homonim | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang sama bunyinya dengan perkataan lain, tetapi berbeza maknanya. |
homophone | homofon | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang sama bunyinya dengan perkataan lain, tetapi berbeza ejaan dan maknanya. |
amphigouri | amfigori | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang indah bunyinya tetapi tidak banyak memberikan pengertian atau tidak langsung mengandungi sebarang makna. |
amphigory | amfigori | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang indah bunyinya tetapi tidak banyak memberikan pengertian atau tidak langsung mengandungi sebarang makna |
electric guitar | gitar elektrik | Kesenian | Tiada | Gitar yang bunyinya diubah suai secara elektronik. |
electric organ | organ elektrik | Kesenian | Tiada | Organ yang bunyinya diubah suai secara elektronik. |
acoustic guitar | gitar akustik | Muzik | Tiada | Gitar yang bunyinya tidak diubah suai secara elektronik. |
idiophone | idiofon | Kesenian | Tiada | Tabii alat muzik yang diketuk dan bunyinya dihasilkan tanpa bantuan alat penala. |
acoustic | akustik | Kesenian | Tiada | Istilah yang digunakan untuk alat muzik yang bunyinya tidak diubah suai secara elektronik. |