Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ran] | بورن

Definisi : sj binatang laut, Actinia spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buranburanMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin timur-laut yang bertiup kencang di Rusia dan Asia Tengah yang biasanya bertiup dalam musim sejuk yang amat sejuk dan menerbangkan salji hanyut. Buran jarang berlaku dalam musim panas. Di kawasan tundra, buran disebut juga sebagai purga.
buranribut buranGeografiTiadaAngin timur laut yang sangat kencang di Russia dan tengah Asia yang berlaku pada mana-mana musim tetapi sangat kerap pada musim sejuk.
sea anemoneburanPendidikanTiadaTiada
sea anemoneburanPerikananTiadaTiada
zoophytezoofitBiologiEkologiHaiwan yang menyerupai tumbuhan, misalnya buran laut,Metridium marginatum.
purgapurgaMeteorologiMeteorologi PerhubunganRibut kencang yang serupa dengan buran dan ribut salji yang melanda kawasan tundra di utara Siberia dalam musim sejuk.
bhangrabhangraMuzikTiada

 Tarian dan muzik sosial rakyat dari Punjab, India. Di Malay­sia, bhangra dipersembahkan oleh masyarakat Punjabi pada hari Vasakhi, iaitu perayaan permulaan agama Sikh dan hi-buran pada majlis tertentu seperti perkahwinan. Alat dram dhol dan dholki mengiringi tarian dan nyanyian. Bhangra popular dalam kalangan pemuda-pemudi masyarakat Punjabi di United Kingdom kerana bhangra versi pop dan disko telah dicipta.

coral reefterumbu karangPerikananTiadaStruktur batuan sedimen daripada kapur (aragonit) yang terbentuk di dasar lautan. Pada terumbu karang, terdapat organisma dominan yang terdiri daripada filum knidaria (kumpulan haiwan air berbadan lembut seperti ubur-ubur, buran laut, hidra) yang merembeskan bahan kalsium karbonat sebagai pembentuk utama terumbu. Terumbu karang biasanya mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi, menjadi habitat pelbagai spesies ikan karang, krustasia, moluska dan invertebrat. Kawasan terumbu karang menjadi tempat aktiviti rekreasi seperti selam skuba dan selam permukaan kerana rupa bentuk dan warna terumbu karang yang berwarna-warni.
allosematicalosematikBiologiEkologiBerkaitan dengan kaedah perlindungan apabila seekor haiwan sentiasa membuat hubungan dengan haiwan lain yang beracun, tidak sedap dimakan atau berbahaya untuk melindungi dirinya. Misalnya, umang-umang yang melekat pada buruan laut mendapat perlindungan melalui sel penyengat pada buran luat.
local windsangin setempat (local winds)MeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga.

Kembali ke atas