burung | burung | Kesenian | Tiada | Motif tekat berunsur makhluk yang mengambil bentuk burung. |
web | jejaring labah-labah; jaring-jaring; web; jejaring ; keping gentian sisir (PEM.MAN) | Biologi | Tiada | 1. Jejaring benang yang dianyam labah-labah.,2. Veksilum.,3. Membran yang terdapat pada jari-jari kaki katak dan burung-burung renang. |
hulu burung | hulu burung | Keris | Tiada | Hulu yang berbentuk seperti seekor burung, yang dibuat daripada kayu, gading, atau perak. |
kepala burung | kepala burung | Keris | Tiada | Hulu yang berbentuk seperti kepala seekor burung. |
poultry product | produk poltri | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Produk makanan yang berasaskan daging dan telur daripada kumpulan ayam itik yang diternak. Poltri termasuk ayam, itik, angsa, ayam belanda, burung merpati, burung unta dan burung puyuh. |
bird sanctuary | lindungan burung | Landskap | Tiada | Kawasan yang menjadi tempat perlindungan burung liar. Contohnya, lindungan burung di Kuala Gula, Perak. |
arena | arena | Biologi | Ekologi | Tempat pembiakan bersama, iaitu jantan membuat pertunjukan dan betina datang untuk mengawan. Misalnya, di tempat pembiakan burung merak, burung jantan menari-nari sambil mempamerkan bulunya yang berwarna-warni untuk menarik perhatian burung betina. Sinonim lek. |
burung (Du.) | burung (Du.) | Kesenian | Tiada | Bakul samping daripada buluh dan berbingkai daripada rotan, berbentuk silinder yang menirus ke atas dan bertapak segi empat tepat dan bermulut bulat. Anyamannya kasar di bahagian bawah dan rapat di bahagian atas,bertelinga dan digunakan untuk menyimpan hasil tangkapan seperti ikan. |
reproductive colour | warna pembiakan | Biologi | Ekologi | Warna yang kelihatan pada bulu burung jantan semasa musim pembiakan, yang bertujuan untuk memikat burung betina. Bulu burung betina pula kurang berwana-warni untuk tujuan perlindungan apabila berada di dalam sarang. |
sea eagle | helang laut | Perikanan | Tiada | Sejenis burung daripada famili Accipitridae, genus Haliaeetus. Burung ini berhijrah beribu-ribu kilometer sebelum mendarat atau berenang di permukaan air. Antara faktor penghijrahan burung ini ialah perubahan musim, pemakanan dan pembiakan. Helang laut gemar memakan hidupan akuatik yang terapung di permukaan air seperti sotong, anak-anak ikan atau udang baring (udang geragau). Burung ini juga kerap menjadi mangsa kepada pemangsa laut seperti jerung. Kehadiran helang laut di sesuatu kawasan menjadi produk pelancongan berteraskan ekologi. |